Novel

Horizon Cinta

Friday, March 27, 2009



Sekarang saya tengah melayan Novel Horizon Cinta..
Memandangkan sangat boring duduk rumah mase cuti..
so saya pun ajak En. Nazir ke MPH untuk cari novel..

Memang best novel ni..terasa di awangan bila baca..haha~
memang kuat berangan kan..
kalau namenye Novel dari Alaf 21..
mesti saya minat..hehe~

Kat bawah ni sinopsis yang saya ambil dari blog penulis sendiri Umi Azrini..


NOVEL: HORIZON CINTA
PENULIS: UMI AZRINI
HARGA: RM18.00
M/S:496 HALAMAN
Zariz seorang pelaut yang cintakan kedamaian dan ketenangan. Hidupnya yang dikelilingi lautan luas menjadikan diri­nya sepi. Temannya hanyalah pukulan ombak dan desiran angin. Cuma sesekali kicauan camar laut hadir menghidupkan hari-harinya. Bibirnya jarang meng­ucapkan kata-kata, hanya telinganya tekun mendengar dan mata yang rajin menilik.
Berbeza dengan Zara, seorang gadis yang lin­cah dan pandai berkata-kata, sesuai de­ngan kerjaya yang menuntutnya bertemu orang ramai. Pesonanya menjadikan Zara cukup mudah didekati. Cuma ada ketika, sikapnya yang terlalu peramah menyusahkan orang lain. Zara senang dikerumuni, di­minati dan gemar berada di antara kelompok manusia lain.

Takdir menemukan mereka. Zara dan Zariz bagaimanapun ibarat anjing dan kucing. Andai berjumpa, pasti bertingkah kata, berselisih pendapat. Ego yang beraja di hati menjadikan mereka tegar me­nyakiti satu sama lain. Tanpa sedar, per­telingkahan demi pertelingkahan mereka mewujudkan kesebatian. Dalam diam, benci menjadi rindu, dendam menjadi sayang.

Namun, mudahkah mereka melafazkan kata cinta kerana ma­sing-masing pernah melukai?




*** Pencinta2 novel..cepat2 beli novel ni..best tau..terasa mcm belayar bersama Zariz..hahaha~ sape yang nak pinjam novel saya meh dtg kat rumah..



You Might Also Like

1 Th♥ught (s)

  1. terima kasih kerana baca horizon cinta... jaga diri ya dik.. :)

    umi azrini- manama, bahrain

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!