**Entry ini mengandungi Ayat² Skema empunya blog..untuk seorang EXCKUTIP yang lupa diri..walaupun dia tak mungkin membacanya..sila skip jika anda tidak sudi membacanya..

Kawan..
Bila kamu di atas..
jangan kamu caci maki yang di bawah..
kerana suatu masa dulu kamu pernah sama² di bawah..
tidak hina menjadi yang di bawah..
malah akan jadi hina bila yang di atas itu lupa diri..
lupa asal usulnya..

pangkat, harta, rupa akan hilang sekelip mata..
jika yang di atas itu terlalu angkuh..
jangan asyik mendabik dada..
jangan asyik menuding jari..

pendidikanmu tak terlalu tinggi untuk dijaja..
bukan aku menidakkan kebolehanmu dan kepandaianmu..
tapi aku jadi jemu dengan keangkuhanmu..
jangan sampai kamu tersepak batu..
kelak hilang ilmu mu itu..

hidup umpama roda..
mungkin hari ini kamu di atas..
esok lusa siapa tahu..
mungkin sebaliknya berlaku..
AKU DI ATAS KAMU!!!

Nota Biru: Dia BUKAN lah sahabatku..hanya rakan sekerja yang sombong dan bongkak!

post signature