Ini bukan filem Cuci..
tapi kami yang mencuci rumah..
Kenapa saya lambat datang ke majlis perkahwinan Azie?
haaaa..inilah sebab nya.. saya membantu En. Nazir mencuci rumah..
itu pun masih tak siap lagi..ada dua bilik lagi yang tak dicuci..
kerana bilik itu dijadikan stor oleh pemaju..
tempat dia meletakkan cooker hood pemilik rumah yang lain..
Ada ke patut?

Inilah rumah kami..
dalam masa terdekat ni dah boleh berpindah..
air dah ada..grill dah pasang semalam..
hari ni kena tunggu sambungan elektrik pula..
perabot semua dah pasang..langsir dah pasang..
sofa saja yang kami belum dapat..
bila entah pemaju ni nak bagi..

Rasa tak sabar nak duduk rumah sendiri..
esok cuti..nak buat apa yang patut..
dah ada grill ada confident lah nak angkut barang..
barang² kecil kat rumah mak dah boleh di angkut..
Minggu ni En. Nazir akan balik BP..
nak uruskan bayaran dan penghantaran barang² elektrik yang kami beli di sana..
hehehe~ jauh nya beli barang..
Nanti saya ceritakan lagi bila dah nak pindah nanti..



Nota kaki: Kesian En. Nazir..dah masuk 2 hari dia kerja shift malam tapi tak cukup tidur dan rehat di siang hari mnguruskan rumah kami..