Mak

Hadapilah Dugaan Ini Dengan Senyuman

Wednesday, June 10, 2009

Semalam balik dari kerja saya terus ke hospital melawat emak saya. Sempat juga singgah di rumah emak mengambil bekalan kain batiknya. Memandangkan En. Nazir kerja shift malam, jadi saya minta bantuan Bariah untuk menemani saya. Tidak ketinggalan Mak iDah pun ikut sama. Kami sampai hospital pada jam 6.45pm. Ada 45 minit lagi masa untuk melawat. Masa yang singkat ini saya gunakan sebaiknya untuk melawat emak tersayang. Makcu sekeluarga pun ada sama melawat emak. Saya sempat berbual dengan Makcu, dan banyak juga kata-kata semangat yang berikan untuk kami adik beradik. Makcu saya dah anggap macam kakak saya sendiri. Kadang-kadang bila ada masalah yang tak boleh saya selesaikan sendiri saya akan dapatkan nasihat dia. Dial ah kakak, dial ah makcik bagi saya. Lagi pun jarak umur kami tidak jauh beza. Dia 32 tahun dan saya 28 tahun.

Lega hati saya bila melihat emak saya masih mampu tersenyum walaupun dalam hatinya Allah saja yang tahu. Saat menaip entry ini air mata saya bergenang mengenangkan nasib yang menimpa emak kesayangan saya. Ketabahan dia menerima dugaan ini membuatkan saya kagum dengan emak saya. Dia kata dia redha dengan apa yang terjadi. Sebelum ke hospital En. Nazir dah pesan dengan saya, jangan menangis depan emak. Itu semua menambahkan kesedihan emak saja. Saya ingat pesanan itu. Saya kawal air mata saya dari keluar, walaupun hati menahan sebak.


Inilah wajah emak saya yang sempat saya ambil semalam. Semoga dugaan ini akan mendekatkan lagi hubungan kami sekeluarga dan yang penting hubungan kami dengan Allah. Saya yakin disebalik dugaan ini terkandung hikmah yang tak terhingga nilainya. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa, hanya pada-Nya saya kami berserah. Saya redha dengan apa juga dugaan yang datang. Semoga satu hari nanti kami boleh tersenyum melalui kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan.

Sebenarnya doktor telah dapat mengesan yang emak saya menghidap “Kanser Pangkal Rahim atau Kanser Servik”. Penyakit kedua yang berisiko tinggi yang menyerang wanita di Malaysia. Alhamdulillah, ia nya masih diperingkat permulaan. Jadi kami serahkan pada doktor untuk rawatan selanjutnya. Apa yang saya diberitahu, emak saya akan menjalani rawatan radioterapi tidak lama lagi. Penyakit ini juga telah merebak ke buah pinggang. Menurut doktor ia berpunca daripada penyakit kencing manis yang menyerang emak saya. Semoga emak saya tabah melalui hari-hari yang akan datang. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa emak saya juga ayah saya.

Adik saya [Ana & Ayu] yang bersilih ganti menjaga emak di hospital. Terima kasih adik-adik. Hanya Allah yang dapat membalas pengorbanan adik-adik. Saya juga menasihati adik-adik supaya jangan menangis di hadapan emak. Banyakkan kata-kata semangat supaya dia lebih yakin yang penyakit itu akan pulih.

Sebelum balik saya bersalaman dengan emak dan memeluk emak sambil mengawal perasaan saya. Emak membisikkan ke telinga saya “Janganlah menangis..kalau korang menangis mak lagi rasa sedih” Saya terus memeluk emak erat. Rasanya berat hati saya untuk balik ke rumah meninggalkan emak. Saya memberikan kata-kata semangat untuk emak agar dia tahu yang saya sangat sayang dia. Tanpa dia saya takkan melihat dunia ini. Saya akan cuba hadapi segala dugaan ini dengan senyuman.

“Ya Allah..sembuhkanlah penyakit yang dialami oleh ibuku..ampunkanlah segala dosa-dosanya..sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun..Amin”

post signature

You Might Also Like

11 Th♥ught (s)

  1. Tabah chelong....semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. moga mak cepat sembuh.. jgn sedih2..

    ReplyDelete
  3. Hernee tabahkan hati yer...semoga keluarga hernee sama2 tabah dengan dugaan ini...amin...

    ReplyDelete
  4. saya doakan mak cik hernee cepat sembuh ya! :) amiin..

    *tabahkan hati ya..

    ReplyDelete
  5. Slm akak,
    found your blog masa blog-hopping.

    A beloved aunt of mine was diagnosed with the same ailment, and is now undergoing radiotherapy treatment.

    So far, she's doing quite well though of course, there are some side effects from the treatment.

    I myself was diagnosed with thyroid cancer just a few weeks ago, and underwent 2 surgeries within a month.

    But I am not in grief and in a good shape and happy right now as I accepted what happened as 'takdir'.

    Suggestion saya, if ada masa, bawalah mak akak pergi Darussyifa' kelolaan Harun Din jika ada masa. Perubatan cara Islam. Salah satu cara kita untuk ikhtiar as a Muslim, as our faith is in the hand of God.

    Selain untuk kesihatan badan, juga untuk ketenangan hati.

    I hope for a speedy recovery for your mother. :)

    ReplyDelete
  6. selagi boleh diubati ikhtiarkan lah...

    ReplyDelete
  7. Tabahkan diri ye...Semoga emaknya cepat sembuh...

    ReplyDelete
  8. k.hernee tabahkan hati yer... hajar doakan semoga mak k.hernee cepat sembuh... AMIN....

    ReplyDelete
  9. hernee,..bersabar ye....hari ni hari hernee kan...esok lusa, hari org lain..tuhan hanya ingin menduga kita....semoga mak hernee akan cepat smbuh hndaknye...aminn

    ReplyDelete
  10. Bawa byk2 besabar yer..Moga ibu Hernee cepat sembuh.. Dan suntikan kata2 semangat buat ibu yer..dan tabah menghadapi dugaan tuhan ini..

    ReplyDelete
  11. Kawan2 semua>>tq so muchhh..insya'Allah saya ikut smua nsihat2 kwn2..really appreciate it!

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!