Pagi ini saya rasa jasad saya saja di ofis tapi minda saya menerawang ke tempat lain. Memikirkan emak saya yang kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah, JB. Emak saya dimasukkan ke wad Gineakologi kerana pendarahan serius yang dialami malam Ahad lepas. semasa di rumah. Hasil daripada pemeriksaan awal doktor, mereka tak dapat mengesan apakah punca penyakitnya. Itu yang membuatkan kami sekeluarga bingung. Macam-macam andaian yang doktor buat. Sekejap buah pinggang, sekejap kanser, tapi tak tahu apa masalah sebenarnya.Yang membuatkan saya ragu-ragu bila doktor kata yang darah itu berpunca daripada kandungan kolesterol yang tinggi.

Sedih hati bila tengok emak saya yang terlantar di hospital. Inilah kali pertama seumur hidup saya. Adik saya Ana dan Ayu akan bergilir-gilir menjaga emak di hospital. Saya kurang upaya buat masa ini. Saya hanya mampu menjengah melawat saja dan membantu apa yang patut bila di sana. Alhamdulillah, darah beransur berhenti. Baru sekejapan tadi, adik saya Ana telefon saya dan beritahu yang kemungkinan besar emak dapat balik ke rumah hari ini. Jururawat memberitahu yang darah yang keluar itu adalah simptom-simptom menopause. Saya tak pasti kebenarannya. Kalau betul emak dibenarkan balik alhamdulillah, tapi kena hati-hati juga takut tiba-tiba bleeding lagi.

Baru sekejap tadi juga, sepupu saya telefon beritahu yang Pakcik nya [bapa mertua kepada kawan En. Nazir yang melangsungkan perkahwinan Sabtu lepas] sedang koma. Doktor kata 50-50. Semasa majlis persandingan berlangsung, tiba-tiba bapa pengantin pengsan. Masa tu, adik beradik pengantin sibuk mengambil gambar. Terkejut kami semua dibuatnya. Semua rancangan untuk bergambar outdoor terpaksa dibatalkan. Dugaan.

Harap-harap emak saya cepat sembuh dan dijauhkan dari penyakit-penyakit yang aneh-aneh lagi merbahaya. Doakan emak saya ya kawan-kawan. Apa-apa pun yang terjadi saya hanya berserah dan redha pada kuasa Allah.


post signature