Hari ini semangat meng'update' di hari Jumaat mencanak-canak. Sampai saja pejabat saya terus ke cafe mencari sarapan. Tiba-tiba rasa nak makan baked beans with scrambleg eggs, jadi saya belilah di tambah dengan sausage.

Sampai di pejabat, saya on kan pc dan terus menjamu selera. Sedang syok menyuap, tiba-tiba seorang Makcik Som [cleaner] masuk. Makcik Som ni memang ramah tamah orangnya. Dia makcik kepada kawan sekolah saya Amir dan sekarang jadi kawan berbual saya di pejabat. Tiba-tiba Makcik Som bersuara "wah Along hari ni sarapan makanan orang puteh". Saya pun terhenti suapan sambil tergelak. Ada-ada saja makcik ni. Dia tak pernah makan macam ni. Patut pun. Nanti ada rezeki lebih saya belanja makcik.Insya'Allah.


[Nota Lupa Berwarna Oren: Gambar lupa nak snap, dah lapar sangat]


post signature