Fren's Wedding

Selamat Pengantin Baru Zarith Sofia & Hanafi

Tuesday, June 09, 2009


Sabtu lepas kami menghadiri majlis perkahwinan Hanafi & Zarith Sofia rakan sekerja En. Nazir lagi. Kebetulan pengantin perempuan tu sepupu kepada sepupu saya. Jadi saya pun tak rasa malu sangat nak melepak di rumah pengantin. Saya mengikut rombongan pihak lelaki ditemani adik saya Ayu, walaupun kami saling tak mengenali antara satu sama lain. Saya tak peduli ;-p lagi pun En. Nazir ada jadi cameraman tambahan hehehe~ Warna tema oren. Makamata hitam saya bertukar oren petang tu.hehehe~



Majlis boleh tahan meriah. Tapi kemeriahan tu tak lama. Dalam kesibukan pengantin ber'posing' tiba-tiba ayah pengantin perempuan jatuh pengsan, seperti entry saya yang ini. Semuanya tergendala. Ghazal yang dijemput khas untuk memeriahkan majlis serta merta dihentikan. Sesi photograhpy juga dihentikan. Sehingga waktu saya balik ayah pengantin masih tak sedarkan diri dan semalam berita yang kami dapat ayah pengantin sedang koma. Semoga dia cepat sembuh.



Ini 'flower girl' comel-comel budak-budaknya, yang lelaki pun tak kurang hensem nya. Muka 'flower girl' ni sama je. Maklumlah mereka ni sepupu sepapat sedarah sedaging.



Gambar tambahan, apa yang En. Nazir snap saya masukkan saja dalam blog. Itu yang kadang-kadang dia membebel juga. Dia kata saya tak tapis dulu gambar sebelum upload ke dalam blog. Saya lebih suka entry bergambar. Jadi tak kiralah gambar elok ke tak kadang-kadang saya masukkan saja.hehe~

Hari ni tak sempat saya nak update banyak entry yang tertangguh. Semuanya saya dah draft kan. Esok saja saya sambung. Sepatah kata En. Nazir "dah berkurun baru keluar entry". Sebenarnya dia makan hati entry dia berjogging saya tak publish lagi.hehehe~ Petang ni saya nak ke hospital melawat emak saya. Berita terbaru yang saya tahu sah emak saya menghidap penyakit yang digeruni oleh wanita di dunia. Masa singkat saya nak balik tepat jam 5.30pm jadi esok saja saya rungkaikan semuanya.


[Nota syahdu berwarna biru: Walaupun hati sedih saya cuba berikan senyuman untuk menceriakan hidup saya]


post signature

You Might Also Like

11 Th♥ught (s)

  1. canteknya tema kaler perantin ..oren..

    ReplyDelete
  2. meriah majlisnya.. tema pun menyerlah gitu.. kaler oren..

    semoga mak akak sembuh spt sediakala... amin

    ReplyDelete
  3. A'ah la k.hernee.. meriah tul la... warne oren....

    ReplyDelete
  4. mak aih..nama perantin pompuan tu zarith sofia tuuu....msti maknye ni jatuh chenta sama bini tmj

    ReplyDelete
  5. lawa pengantin oren gitu....nama pon sedap mcm nama anak raja...

    akak arap awak sabar ye...moga mak awak cepat sembuh...

    ReplyDelete
  6. ct rahani>>tq ct..really appreciate it..

    ReplyDelete
  7. neezareef>>i think so la kak..hehehe

    ReplyDelete
  8. ninie>>tq ye kak..btw pngntin ni pn lawa orgnye..hehehe

    ReplyDelete
  9. tgh tgg something ni....huhuhuhuhu

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!