Blogger

Anak Siapalah Ni Ek???

Monday, July 06, 2009


Cuba teka anak siapa ni???
Teka la.
Comel kan.
Ye ye je budak kecil ni tidur.
Ingatkan dia main-main.
Lena di ulit intan katanya.
Baru saja beberapa minit, dia dah terlentuk masa saya dukung.
Padahal sebelum tu bukan main aktif lagi dia.

Geram la dengan budak kecil ni.
Kalau boleh nak bawa balik semalam.
Tapi takut Umi dia yang nangis. hehehe~
Pagi tadi bangun tidur tangan kanan terasa sengal.
Baru saya ingat semalam saya pangku budak comel berpipi lembik ni.
Baru pertama kali jumpa.
Serasi juga dia dengan saya.



Ini buah tangan yang Umi dia bagi pada saya.
Buah manggis kesukaan saya.
Mula-mula dia nak ajak saya panjat pokok manggis.
Mungkin hujan lebat tu yang cancel.
Lagi pun saya mana tahu memanjat.
Tinggi pun tak seberapa.

Ok lah malas nak berahsia.
Sebenarnya itu Nawfal anak kepada Umi Nawfal.
Semalam setelah berkurun lama, baru saya sampai di rumah Umi Nawfal.
Memang dah rancang nak datang semalam.
Ikutkan selepas tengok baby Iman nak ajak Mummy Dasy teman.
Akhirnya saya pergi sendiri.
Sampai pun dah nak dekat waktu maghrib.
Melampau betul berjalan rumah orang petang-petang.

Sempat berbual dengan emak dan ayah Umi Nawfal.
Anak beranak ramah tamah.
Lagi pun parents Umi Nawfal kenal keluarga saya.
Saya pula muka tak berapa nak malu, berbual macam dah kenal lama.
Lepas maghrib baru saya balik ke rumah.
Sebelum balik Nawfal dah terjaga dari tidur.
Betul juga kata Umi Nawfal, Nawfal tidur pura-pura saja.
Apa pun saya suka sangat dapat jumpa mereka sekeluarga.


[Nota Manggis Berwarna Ungu Untuk Umi Nawfal: Kak Jannah thanks dapat juga merasa buah manggis tu walaupun tak dapat panjat pokok..hehehe~ almaklumlah saya ni baka rendang..hehehe~]



post signature

You Might Also Like

6 Th♥ught (s)

  1. terima kasih jugak bebanyak kat hernee.. hehehe.. nak pinjam he? nak bwk balik ke budak tu..? boleh je.. nnti umi die leh bungkuskan baju ngan pampers.. hihihi..

    ReplyDelete
  2. Umi Nawfal>>hehehe..blh ke?klau blh nk je.hehehe.agk2 die nangis anta umah mak ngah die..hehehe

    ReplyDelete
  3. uwaaa..nk manggis..my favvy fruit tuhh

    ReplyDelete
  4. pipi lembik?...cm klako je hernee ni....tak payah umi nawfal, kene siti org pinjam mia bawa gi jalan pun, siti nak nangis...he he he

    ReplyDelete
  5. neezareef>>ha nk kna gi umah Umi Nawfal..hehehe..pndai2 jek..

    ReplyDelete
  6. Siti>>a'ah pipi die lembik sdap cubit2..hehehe..kn dh kate nk amik ank msti mak nye yg nangis..hehehe

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!