Hari Sabtu saya ke rumah mak. Tengok ada pulak surat untuk saya dari SPA. Surat tawaran untuk ujian bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) rupanya. Dah 2 tahun saya tak ambil exam ni. Kali ni kena pergi juga. Aduh dah dapat bayangkan betapa mencabarnya soalan tu nanti. Examnya 8 Ogos 09 hari Sabtu, kat Hotel Suria City, JB. Exam ni biasalah sehari suntuk. Harap-harap Allah permudahkan usaha saya menjawab.



Makanya, masa saya harus dibahagi sama rata untuk buku Malaysia Kita, untuk notes English Class yang ada test this week dan untuk novel Ilham Hati. Rasanya dalam tiga buah buku ni, mata saya paling celik dan terbeliak bila baca buku yang ke-3. hehehe~



post signature