Hobbies

Ilham Hati Milik Saya

Wednesday, July 15, 2009

[Nota keci warna merah: Nampaknya Umi Nawfal tak sabar nak tunggu status Ilham Hati..sila baca ye! ;p]



Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Poyo pulak ayat~

Oleh kerana terlalu nak baca, semalam saya nekad beli novel ni.

Orang sebelah menjeling. Saya buat tak tahu je. Dah niat nak beli. Saya kena beli juga. hehehe~ Nampaknya saya akan mula berkhayal di rumah. Melayan watak-watak dalam novel ni. Saya kalau baca novel memang khayal. Kadang-kadang rasa saya lah yang pegang watak dalam novel tu. Cheh~ poyo untuk Hernee sekali lagi.

Siapa-siapa nak pinjam novel ni boleh inform saya, ya Umi Nawfal ;p

Tapi bagi saya settlekan dulu page by page. Malam tadi baru sempat baca sampai page 20 mata dah tak boleh nak buka. Terus zzzzzzzzzzzzz.


Sinopsis Ilham Hati:

[Sila skip kalau tak nak baca atau nak bagi surprise]

RIAN sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.

Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.

Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, di saat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.

Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa?


post signature

You Might Also Like

8 Th♥ught (s)

  1. Saya pun kalu layan novel sampai khayal..dulu hubby sampai merajuk saya asyik layan novel tak layan dia..tapi masa tuh syaura belum ada adik..la ni usahkan novel nak baca surat khabar pun berchenta..:P

    ReplyDelete
  2. Umi Sufira>>hehehe..ni pn curi2 mase bace..kang duk ngadap je ade gak yg mrajuk cam hubby Mimi kang..hehehe

    ReplyDelete
  3. cayoklah hernee... dah sampai page 20 dah...

    ReplyDelete
  4. ninie>>hahaha..lmbt tu kak..slalunye dh blh lbih dr 20 page..ngntuk pnye psl..

    ReplyDelete
  5. ya.. ya.. silalah cepat baca.. saya pun nak merasa membaca juge..

    psstt.. novel lain ade.. boleh saya pinjam..

    ReplyDelete
  6. wei klu ada sinopsis xbest ah...
    dah lama xmelayan novel2 ni kang habis koyak keje Daneen

    ReplyDelete
  7. Umi Nawfal>>ok sy bace cpt2..
    byk gak novel lain..blh je kalo nk pnjm..

    ReplyDelete
  8. Mummy Dasy>>xnk bace skip je la..hehehe

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!