Family

Jom Makan Pulasan

Monday, July 20, 2009


Minggu lepas, hari khamis kalau tak silap. Saya dan En. Nazir ke rumah mak sedara saya mak Anjang dan Pak Anjang. Apa tujuan kami? Emmm.. baca tajuk pun dah tahu kan. Mestilah nak ambil buah pulasan dan rambutan. Dengan baju kerja saya meredah masuk ke kebun. Nasib baik tak tergolek kat kebun. hehehe~ Sebelum kami sampai Anna adik saya dan Abang Ali jiran kami dah sampai dulu.



Masing-masing posing maut dalam semak. Pak Anjang tukang panjat pokok. Buah pulasan Pak Anjang ni memang sedap. Memang setiap kali tiba musim buah-buahan, takde tempat lain yang kami tuju selain kebun Pak Anjang ni.

Ni gaya je yang lebih. Buah yang saya petik tak sampai 20 biji kot. ehehehe~ Almaklumlah, ketinggian tak mengizinkan. Alasan kukuhkan. Dah petik banyak-banyak. Kami lepak kat anjung makan buah ramai-ramai. Mak Anjang bagi untuk bawak balik rumah. Dapat juga la kami jamah-jamahkan jiran.


post signature

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

  1. ernee nk jgk jamah buah pulasan...yum..yum..ad gak balik ne sngah kipmat li pulasan..
    haish..

    ReplyDelete
  2. essal>>hehehe..mintk maap la wat mak buyong kecur air liur..hehehe..bli jgn x bli..

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!