At last, setelah berkali-kali di postponed, petang semalam sampai juga saya, Mummy Dasy dan si minah kecik, Daneen ke rumah nenek Baby Iman anak kepada my bff Mummy Pink dan En. Azam aka Chitrabirue. Jarak rumah saya padahal sekangkang kera saja. Tapi banyak sangat halangan dan rintangan nak datang, tu yang tertangguh. Pagi lagi Mummy Dasy dah sms. Oleh kerana saya tak siap masak lagi, saya tangguh lepas zuhur. Lebih kurang pukul 2 dia datang dua beranak.



Inilah dia Iman. Sebelum ni dok skodeng blog papa dia je. Sekarang dah dapat pangku the real Iman. Tengok tu sampai ternganga-nganga dia. Iman ni dah tersilap ne**n tau.. ;-p Mungkin dia ingat yang pangku tu Mummy dia. Jadi dia mencari-cari ne**n Mummy dia. Aunty pula yang jadi mangsa. hehehe~ Badan Iman kecil je tapi kaki dan jari dia kan main panjang. Mesti ikut sebelah papa dia ni. Kalau ikut Mummy dia mesti kecil je.



Minah kecil ni, mula-mula menyombong dengan saya. Tanya sikit, dia punya jeling mak oi. Dah lama-lama bila enjin dia dah panas, macam-macam keluar ayat-ayat pelat dia. Tuan rumah bagi air, dia minta biskut sekali. Tengah-tengah duk makan biskut tiba-tiba, ada satu bunyi keluar. Dia pun bersuara "Kan dah adik kentut" dalam bahasa pelat dia. Dia kata kami semua banyak cakap sampai dia terkentut. Kitorang pun gelakkan dia. Bukan sekali kentut tapi dua kali. Geli betul hati melayan si Daneen ni. Betullah kata Mummy dia, mulut dia tak reti diam.

Dalam pukul 3 lebih kami pun beransur balik. Sian Baby Iman, baru nak ngempeng dengan Mummy dah ada orang kacau buat bising tepi telinga dia. Apa pun semoga Seed dan Baby Iman sihat selalu. Untuk papa Iman, selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab. Iman, doakan Aunty aeh nanti Iman gak yang dapat kawan. hehehe~



post signature