Mak

Kesian Emak Saya

Thursday, July 02, 2009

Semalam saya balik kerja juga agak lewat dari biasa. Dalam perjalanan balik saya dah bercadang untuk menjenguk emak pada malam hari. Kebetulan semalam En. Nazir dengan jayanya merajinkan diri untuk belajar memasak. Dia sempat sms saya di pejabat bahan-bahan untuk memasak. Balik ke rumah saya tengok ikan selar masak asam pedas dan sayur bayam dah siap dia atas dapur. Saya hanya menggoreng ayamas untuk menambah lauk yang ada. Tiba-tiba adik saya Anna call dan memberitahu emak saya sakit perut. Ayah pula ke KL atas urusan kerja. Saya dan En. Nazir bersiap-siap dan makan. Dalam pukul 8 lebih kami bertolak ke HSA.


Kami sampai dalam pukul 9. Orang ramai menunggu giliran dan giliran kami yang ke 1104. Nombor yang tertera di pintu bilik rawatan adalah 1093. Dengan sabarnya kami menunggu. Sejam berlalu nombor masih tak bergerak. Pelik juga. Kemana doktor? Pengsan ke kerana terlalu ramai pesakit? Dua jam berlalu nombor bergerak tapi masih dalam keadaan lambat yang teramat sangat. Dari riak wajah emak saya dapat bayangkan betapa terseksanya dia. Tapi dia masih bersabar. Ramai juga waris-waris pesakit yang naik angin. Saya juga tapi saya masih belum sampai ke tahap mengetuk pintu bilik doktor seperti yang dilakukan oleh seorang nyonya itu. Ada juga India mabuk yang jatuh motor bergaduh dengan petugas hospital. Kami yang mampu tengok gelagat manusia disekeliling sambil berdoa supaya emak selamat.




Kesian sangat emak saya. Lebih kurang pukul 11.30 baru tiba giliran dia. Adik saya yang menemani emak masuk berjumpa doktor. Setelah diperiksa doktor kata itu hanya sakit perut biasa. Saya pun tak tahu nak kata apa. Sebelum ini saya membuat follow up call di HSA untuk mengetahui bila masanya emak saya akan menjalani radioterapi. Tapi sehingga nak habis kredit saya nurse yang menjawab panggilan langsung tak memberikan jawapan yang pasti. Apa yang dia pesan "Kalau sakit datang aje ke bahagian kecemasan". Saya tahu saya tak mampu untuk menghantar emak saya ke hospital swasta dan saya hanya mengharapkan hospital kerajaan, tapi sekurang-kurangnya biarlah kerja dan perancangan yang dijalankan tu efficient. Kalau setakat datang ke bahagian kecemasan menunggu berjam-jam tapi dapat ubat hanya 10 biji pil tahan sakit rasanya tak berbaloi. Kesian betul emak saya. Bersabar sajalah yang mampu.



Walaupun agak kebengangan tapi ada sesuatu yang membuatkan saya tertawa malam semalam. Budak perempuan di hadapan kerusi saya ini telah di'perdajal' kan oleh seseorang. Saya nampak dibajunya ada label yang melekat. Saya terus mencuit En. Nazir dan sempat juga saya mengambil gambar tanpa pengetahuan dia mahupun adik dia atau ayah dia di sebelah.

Ini pandangan dekat. Oleh kerana hp saya murah maka gambar kuranglah kejelasannya. Apa yang tertulis di label itu???? hehehehe.

"SPECIMEN URINE CONTAINER"

Dengan perasaan yang ala-ala belas kasihan melihat baju budak ni ditampal label tu saya pun mencuit bahu adik nya. "Adik, ada orang tampal sticker tu kat baju kakak awak" Tanpa sebarang kata budak tu mencabut label itu dibajunya. Saya perasan yang adiknya tengok saya semacam. Mungkin dia ingat saya yang mengenakan kakak dia. Saya berbisik dengan En. Nazir. "Kalau akak yang tampal, akak tulis SAYA ORANG GILA. Untung akak nak bagitau sebelum lagi ramai orang gelakkan awak. Terima kasih pun tak cakap. Ape pun esok tengok lah blog akak" Tapi adik tu tak dengar pun rungutan saya tu. Yang jadi mangsa En. Nazir.

Sambil menunggu emak keluar dari bilik doktor, ada 4 orang Vietnamees yang membawa seorang kawannya yang nampaknya sakit perut. Salah seorang daripadanya bertanya nombor giliran kepada saya. Saya pun memberitahu apa yang patut. Apa yang bagusnya dia tak lupa mengucapkan "Terima Kasih" setelah mendapat maklumat yang diperlukan. Tengok tu, orang Vietnam pun pandai berbudi bahasa. Bukanlah saya ingin dihargai atau disanjung tinggi, tapi sekurang-kurang berbudi bahasalah sikit semasa kita. Ini tidak saya pula yang dipandang sinis. En. Nazir sempat mengejek saya. Dia kata saya dan awek Vietnam berbual dah macam adik-beradik. Kurang asam betul dia ni tau.

Dalam pukul 12 pagi baru kami bertolak balik ke rumah. Bayangkan, menunggu berjam-jam dapat ubat hanya 10 biji yang kemungkinan besar boleh habis dalam masa 3 hari. Dugaan..

post signature

You Might Also Like

14 Th♥ught (s)

  1. itulah herneekan...sbb tu kkdg bila cter pasal spital kerajaan ni, mcm sakit hati je..rasanyer, nak kene tepon menterilah soh buat spot cek mengejut mcm yg dia buat kat KL tu...ct teringt masa siti disahkan pregnant luar rahim...dgn hati yg sedih sbb kemungkinan janin tu akan digugurkan, dia bolh ckp."saya tak nak kes ni hr ni, soh dtg minggu depan"....sakit hati betul....tak de perasaan agaknyer...start2 hr tu, siti mmg cuba mmbuat saving utk kecemasan.....bila2 kene sakit yg agak teruk, mmg ke swsta....

    apa pun, semoga mak hernee sabar dlm hadapi dugaan...Insya Allah...kalau orang yg sntiasa menghadapi dugaan ini, maknanya Allah ingt kat orang itu...

    ReplyDelete
  2. tak tahu nak kata apa.. pengalaman pun serupa.. sabar je lah.. Allah pun suka..

    ReplyDelete
  3. sabar ya.. saya pernah sekali ke HKL, mmg ramai sangat org, tapi mmg depa suh pergi ke KECEMASAN.. di sana, 2 jam tungu baru dapat jumpa doktor!
    anyway, kat sana x dak ka spital separuh kerajaan..? macam di sini, ada HUKM, PPUM.. saya kalau bawa bapak ke HUKM, x la teruk sangat mcm HKL..

    ReplyDelete
  4. xtau nak cakap pe...sabo jek ah pnah gak macam tu masa nak bersalin Daneen dulu..

    ReplyDelete
  5. jenuh kan tunggu giliran lama2 nih..tu yg malas g spital nih..

    x ptt arr ptt ckp arr tocheh ke klu x reti ckp tima kaseh x pn ckp arr thanx klu dah mls sgt kan..

    ReplyDelete
  6. sabar ea kak....
    spital kerajaan mmg gitu..

    ReplyDelete
  7. biasalah hernee kalo hospital kerajaan ni... mmg byk kerenah birokrasinya... kenalah bersabar sket..

    ReplyDelete
  8. siti>>btullah siti..mkn ati d buatnye..dorg anggp pnyakit smua rmeh tmeh..tq ae siti..

    ReplyDelete
  9. Aziza_Hairol>>a'ah ci sabo je la..

    Zuhaini>>kat cni xde kot..ntah ek..

    Mummy Dasy>>mcmane la org awam pnye persepsi kt hosptl kerajaan nk brubah kan..

    ReplyDelete
  10. neezareef>>2 la psl kak..tnggu brjam2..hasilnye hampeh..

    a'ah minah tu k'rek btul..tngok saya cam nk telan..

    tentangdiriku>>a'ah dh tlbh sabo ni..

    ninie>>2 la kak..sabo je la..

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!