En. Nazir

Makan @ Kedai Awe

Tuesday, July 21, 2009

Semalam balik kerja saing En. Nazir.

Makanya saya kena tunggu sampai ke pukul 8 malam. Itu yang semalam entry berduyun-duyun ;p Balik kerja kami terus ke Gelang Patah tuang minyak kereta. Sambil singgah isi perut. Kedai pilihan macam biasa kedai Awe. Rindu jus belimbing, tomyam dan yang penting sambal belacan dia. Slurrpppp..



Ni air belimbing kegemaran saya. Memang sedap sekucup rasa.



Sambal belacan paling sedap di bumi Gelang Patah. Takde kedai lain yang sesedap sambal belacan Awe ni. Serious~ ;p Dah bagi sepiring pun tak cukup. Dengan muka tak malunya saya mintak lagi sepiring.



Tomyam seafood dia yang meletop. Ohhh.. terlupa pulak kami makan lauk yang sama je malam tu. Dah lapar sangat kalau order lain-lain nanti lambat pulak. Perut saya dah masuk angin. Bukannya tak lunch, cuma masa lunch makan tak sepenuh hati. hehehe~

Hari ni pun saya balik lambat, saing En. Nazir. Adakah kami makan luar lagi??? ;p Rasanya ya kot. Cuma lokasinya tak decide lagi. Almaklumlah balik dah pukul 8 lebih nak tunggu siap masak bagai mau kejang urat perut tunggu masakan siap. hehehe~ Alasan kukuh lagi tak nak masak~



post signature

You Might Also Like

5 Th♥ught (s)

  1. restoren awe nih betul2 kt bandar gelang patah tu ker.. leh citer lokasi sebenar x.. cam menarik tertarik jer nak merasa makan kt situ.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. ermm.. lg satu nk tanya.. jb duk area mana.. mana tau satu ari leh gather2.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. ct rahani>>ct die kat area gp.. jln nk ke kmpung..

    hernee org gp.. blh je klau nk gather2..mmg tringin nk jmpe geng2 bloggers..hehehe

    ReplyDelete
  4. segan bercampur silu nak tanya ni kang ada hBy ko cakap aku baru blik africa... warong ni yg mana 1

    ReplyDelete
  5. Mummy Dasy>>xyah tnggu hubby aku ckp..biar aku yg ckp..hehehehe

    kat sungai la long..dpn pasar taming sari..pasar pn xtau..meh aku bwk trjun sungai..hehehehe

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!