Sudah lama rasanya blog saya tak menjamu pandangan mata dengan entry makan-makan atau masak-masak. Jadi hari walaupun dah agak petang saya sempatkan diri untuk meng'update' entry masak-masak saya bersama En. Nazir di rumah. Menu yang kami ialah 'Siakap 3 Rasa' dan 'Sayur Campur' ala-ala chap chai [tapi tak letak tepung jagung jadi kuah tak pekat ;-p]



Ikan siakap ni dah berhari-hari juga dalam peti sejuk. Menunggu giliran untuk dimasak. Semalam baru tiba giliran dia ;-p. Jadi lepas balik dari kerja tanpa membuang seminit pun masa saya pun beroperasi di dapur sambil dibantu oleh En. Nazir. Masakkannya mudah cuma bila sama-sama bekerjasama penat lelah kerja tu rasa hilang. Lagi pun dapat juga mengeratkan silaturrahim hehehe~ Resepi ni saya dapat email yang diberikan oleh adik ipar saya.

Bahan-bahan >> [1 ekor Ikan Siakap] [1/2 inci halia] [bawang besar] [bawang putih] [cili padi] [cili kisar] [sos tomato] [sos cili] [sos tiram] [gula] [garam] [air] [aksesori kalau suka: lada benggala, nenas, timun, tomato]

Untuk menggoreng ikan>> [tepung] [serbuk kunyit] [lada sulah] [telur] [garam] -->> Telur , garam dan lada sulah dikacau hingga sebati. Tepung dan sedikit serbuk kunyit dicampurkan. Gaulkan ikan didalam telur tadi. Kemudian golek-golekkan ikan pada tepung dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng. [Ini cara yang saya belajar semasa bekerja part time cuti semester di Restoran Tanjung Nelayan]

Cara-Cara>> Tumiskan halia, bawang besar, bawang putih, cili. Kemudian masukkan segala macam sos yang tersenarai. Masukkan gula dan garam sesedap rasa. Jangan lupa kalau ada aksesori tu leburkan sekali. Saya hanya letak lada benggala saja itu pun kebetulan ada ;-p tomato saya tak letak walaupun ada stok sebiji. Bila selesai semuanya, tuang diatas ikan tadi.




Sayur campur ni lagi lah mudah baling-baling dalam kuali saja. Kalau vitamin 'M' banyak dalam badan macam ni lah cara masakan saya. Sayur yang ada carrot, bunga kobis, jagung dan apa lagi satu saya kurang pasti nama sayur tu. Masukkan bawang putih sebiji yang hanya diketuk dan sedikit bawang besar kisar, kemudian masukkan sayur. Jangan tunggu lama-lama masukkan saja sos tiram yang ada dan tambah sedikit air. Saya ni kalau masak sayur menggunakan sos tiram, saya takkan tambah garam atau ajinomoto sedikit pun kerana pada saya rasa sos tiram tu dah cukup masin. Jadi tak perlu letak semua tu, nanti menambah penyakit pula.


Langkah seterusnya, mandi, solat dan ngappppp. Habis rupanya ikan saya dan sayur malam tadi. Kami makan sampai ke isi dan tulang yang terakhir. Kata En. Nazir sedap. Kata saya sedap juga. Adakah En. Nazir nak menjaga hati si tukang masak?? Atau si tukang masak ini yang perasan?? ;-p


post signature