[Gambar Hari Raya Tahun 2008]


Entry ini dah lama saya draftkan cuma tak berkesempatan nak mengarang cerita. Minggu ni dah dua minggu Pok Teh saya di perantauan. Pok Teh saya telah dihantar ke Abu Dhabi atas urusan kerja. Setakat ini jangkamasa di sana 6 bulan, tapi berkemungkinan besara menjadi 2 tahun. Saya kira ini ianya adalah peluang terbaik untuk Pok teh saya dalam mengembangkan lagi kerjayanya.


Mula-mula saya dapat sms daripada Pok Teh yang mengatakan dia akan kesana pada Ahad 21 Jun 2009, hati saya terus rasa sayu. Saya menangis seorang diri di rumah. Pok Teh ni adik kepada ayah saya, dan saya adik beradik memang rapat dengan dia. Bagi saya dia adalah ayah kedua saya. Apa-apa saja masalah kami akan rujuk padanya. Bila mengenangkan dia akan terbang meninggalkan kami, rasa kehilangan pula. Saya dan En. Nazir sempat berjumpa dengan dia sebelum dia berangkat ke sana cuma tak berkesempatan nak menghantar ke airport.


Apa yang membuatkan hati saya bertambah sayu, bila melihat isteri dan anak-anaknya. sedangkan saya sebagai anak saudara rasa kehilangan, lagi kan isteri dan anak-anak dia. Apa pun dalam hidup kita kadangkala menuntut sebuah pengorbanan. Walaupun Pok Teh saya jauh beribu batu, tapi dalam hati kami tetap ingat padanya. Sekarang Mok Teh lah ibu, Mok Teh lah ayah.


[Anak-anak Pok Teh saya.. Iffah, Mahirah, Izhan]


Minggu lepas Izhan yang bongsu tak berapa sihat, jadi kami sekeluarga menjengah Mok Teh dan anak-anak di rumah. Sekurang-kurangnya terhibur sedikit hati mereka. Kata Mok Teh, Izhan tak seceria ini setelah beberapa hari tanpa ayahnya. Tapi malam tu dia nampak ceria. Iffah dan Mahirah pun ceria. Walaupun dalam hati mereka merindukan ayah. Masing-masing dibekalkan dengan t-shirt Pok Teh saya, bila nak tidur masing-masing peluk dan cium t-shirt yang ada hilang juga rasa rindu.



Izhan ni dah mula riuh nak berbual dan selalu membuatkan kami ketawa dengan telatahnya. Dia asyik pakai safety helmet ayah dia. Dia kata "Kite nak keje macam ayah". Bila saya cakap nak ambil gambar dan nak bagi Abang Nazir, berebut dia pakai helmet dan buat aksi tabik hormat. Setakat ni dia takde masalah dengan En. Nazir, dia suka dengan 'Abang Nashir' dia tu.


Hujung minggu ni kalau free kami akan menjengah adik-adik bertiga ni. Saya sayang mereka bertiga ni sangat-sangat. Mereka tak ubah macam adik saya sendiri.

Antara isi-isi email yang Pok Teh hantar kepada saya:

"Selepas Pok Teh kahwin setakat ni blm pernah lg berjauhan dgn anak isteri, nilah kali pertama terasa sedih sgt nak tinggalkan mereka semua, tapi apakan daya kita hanya merancang..nasib baiklah skrg ni ada teknologi terkini dptlah buat video call dgn diaorg pakai hp dan skype tulah yg dpt mengubat kerinduan.

Cabaran seterusnya bulan puasa di musim panas ni...waktu kat sini siang lebih panjang dari mlm, pkl 4.30 pg dah subuh, pkl 7.30 pg dah panas mcm pkl 10 pg kat M'sia"



[Nota Biru Untuk Pok Teh]


Semoga selamat di negara orang. Jangan risau kami akan sentiasa menjenguk anak-anak Pok Teh bila ada kesempatan. Semoga segala impian Pok Teh tercapai. Insya'Allah. Kami sentiasa mendoakan Pok Teh di sana. Apa-apa perkembangan mengenai keluarga orang akan update di blog ni. Jadi Pok Teh rajin-rajinlah menjengah blog orang ;-p Jangan sedih-sedih tau. Kami semua rindu Pok Teh. We luv u!!!



post signature