Masak-Masak

Roasted Chicken Wings

Monday, July 13, 2009


Semalam pergi kedai cari lauk dengan En. Nazir, tiba-tiba ternampak chicken wings. Muncul pula idea nak buat roasted chicken wings. Cheh~ nama tak mengalah. Beli tak banyak cuma 4 ketul saja. Cukuplah sorang dua ketul. hehehe~ First time nak bakar guna microwave.

Sampai ke rumah saya terus bersihkan chicken wings, dan marinate. Bahan-bahan untuk memerap saya ikut resepi sendiri. Tak de google-googlenya, ikut kata hati chewah. hehehe~


Bahan-bahan>> Chicken wings [ikut suka nak banyak mana], cili kisar, bawang besar dan bawang putih kisar, halia 1/2 inci kisar, madu, kicap manis, sos tiram, garam dan ajinomoto.

Cara-cara>> Perapkan chicken wings dengan semua bahan-bahan yang di atas. Rasa ikut suka. Perap dalam masa sejam atau lebih ikut kesesuaian masa anda juga ;-p Bakar dalam microwave selama 5-10 minit.

Senang saja kan. Bila dah siap masak, saya pun cepat-cepat hidang makan tengahari. Tak sabar-sabar nak rasa dan nakdapatkan feedback daripada pengkritik tetap saya, En. Nazir. hehehe~

Respon yang saya dapat daripada En. Nazir.. "Emm.. sedap boleh wat lagi.. macam rasa chicken wings pizza hut" Wow.. kembang pula wife dia dengar. hehehe~ Siapa lagi nak puji kalau bukan hubby sendiri. Ye tak? Apa pun memang sedap. Serious bukan angkat bakul pula. Siapa nak cuba boleh cuba dan selamat mencuba ;-p



post signature

You Might Also Like

8 Th♥ught (s)

  1. neezareef>>hehehe..sabo2..jap lg lunch..hehehe

    ReplyDelete
  2. Umi Sufira>>nak bape ketul ek? hehehe

    ReplyDelete
  3. selalu wat ni dlm 20 wings biar jek dlm fridge boleh guna tuk 5 ari klu kekeringan idea nak masak... letak bbq sos sedap ckit

    ReplyDelete
  4. Mummy Dasy>>aku trial package ni..hehehe..x smpat nk cari bbq sos..smua bhn yg ade dlm umah jek..hehehe

    ReplyDelete
  5. best kan kalau kita masak, mr hubby puji...he he he..tapi mmg nampak best..siti nak try gaklah...

    ReplyDelete
  6. Siti>>a'ah siti..coz rase biar tkak die rase sdap bru puas ati..try la..nti anta sket aeh..hehehe

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!