baru sekejap adik saya call.

tadi pagi en.nazir yang bawa mak dan ana ke hospital. appointment pukul 11 tapi doktor masih belum ada. jadi postponed ke pukul 2.

alhamdulillah rawatan pertama selamat.

tapi ada berita baru. berita yang melemahkan sendi-sendi saya.

berita yang membuatkan anggota saya menggigil.

berita yang membuatkan air mata saya tak henti mengalir saat ni. dugaan untuk saya sebagai seorang anak.

doktor kata kanser dah merebak. jadi mak saya terpaksa menjalani rawatan chemotherapy khamis ni. Allah saja yang tahu betapa sedihnya hati saya. terbayang-bayang muka mak yang menahan sakit.

saya akan bercuti khamis ni. mak lebih penting dari segala-galanya.

semoga saya tabah menghadapi dugaan ni. semoga mak saya akan terus menjadi setabah-tabah manusia di dunia ni.

sebak betul hati saya.


post signature