En. Nazir

Cari Rezeki Lebih

Monday, August 03, 2009


rutin en.nazir sebelum raya.

dialah peniaga kerepek tegar di PTP. sebelum kahwin dia dah mula menjual kerepek dengan kawan-kawan tak kiralah hari biasa atau hari raya. asalkan ada tempahan. saja tambah pendapatan walaupun tak seberapa. alhamdulillah rezeki.

semalam sebelum balik ke gelang patah kami sempat singgah ke kilang Salleh Food Industries untuk mendapatkan harga terkini.



khusyuk tauke kerepek ni menulis sampai saya di belakang pun tak dipeduli. mudah-mudahan suatu hari nanti en.nazir boleh buka perniagaan sendiri. tuah ayam nampak di kaki. tuah manusia siapa yang tahu.

harga-harga kerepek akan kami list kan untuk pelanggan dan saya akan masukkan di blog. siapa-siapa yang sudi nak beli kerepek bolehlah contact saya atau en.nazir. insya'Allah dijamin sedap.

sebelum bergerak balik, kami sempat memborong kerepek ubi kari, kerepek dhal, kerepek ubi cheese dan chocolate cookies. buat bekal dalam kereta dan buat kunyah-kunyah di rumah.



post signature

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!