HSI

Cerita Semalam

Friday, August 14, 2009


ini cerita semalam.

mak dimasukkan ke wad lebih kurang pukul 11. hanya saya, ana dan ayah yang dapat masuk ke wad. manakala ayu dan ila hanya menunggu di lobby menanti waktu melawat. oleh kerana wabak H1N1, hanya dua orang pelawat di benarkan berjumpa pesakit dalam satu masa.



makan tengahari mak. kesian mak, oleh kerana mak juga penghidap diabetes dan darah tinggi jadi makanan mak adalah sangat tiada rasa. mak hanya mampu telan saja untuk mengelakkan lapar.


sempat juga saya snap gambar mak dan ayah. masa ni kami tengah berbual 4 beranak. sambil berbual-bual dengan jiran katil mak juga.



ini bibik yang saya import khas dari indonesia ;p ayu dan ila. hanya berkesempatan masuk ke wad pada waktu melawat saja. saya suruh mereka pakai mask takut perkara tak diingini berlaku.



kemudahan di HSI ni agak selesa berbanding HSA. mak pun nampak selesa di sini. lebih tenang sesuailah dengan keadaan mak yang memerlukan ketenangan.

baru sekejap tadi ana sms, mak dah berjaya menerima rawatan chemotherapy yang pertama. alhamdulillah doktor hanya bagi low dose saja. ana kata mak nampak tenang. syukur ya Allah. harap malam ni tiada masalah. malam ni giliran saya tidur di hospital.


post signature

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

  1. seb bek kat HSI kan...kat situ mmg terasa keselesaannyer...tak menambhakan tekanan perasaan....jiwa pesakit tenang, jiwa dokto lagi tenang....semoga cepat sembuh je makcik...

    ReplyDelete
  2. siti>>a'ah siti aman damai..nurse pn ok2 la..btw tq aeh oakn mak hernee..

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!