jumaat lepas, department saya merancang untuk membuat fire drill training untuk semua staff. yang terlibat dalam perancangan cuma emergency & safety section. waktunya dalam pukul 4.30pm. kebetulan dalam masa yang sama kami ada workshop sehingga 6.30pm. tapi kami awal-awal dah prepare untuk berhenti bila alarm berbunyi. konon-kononnya kami antara yang paling selamatlah.

bila sampai pukul 4.30pm alarm tak berbunyi. check punya check dah ramai yang turun padang. sekejap lepas tu baru alarm berdering. rupa-rupanya, kami di tingkat 4 & 6 antara yang terlambat turun. semuanya gara-gara alarm yang bunyi lambat. tak serentak dengan level yang lain.

bayangkan, kalau betul-betul ada kebakaran. sah-sah, bos safety dan anak-anaknya buah dulu yang rentung di tingkat 6.




ni officemate saya. ramai-ramai beratur, makcik sorang terselit di tengah-tengah kumbang tua dan muda ni. apo nak buek~



haaa. turun semua office staff. dengan makcik-makcik cleaner sekali kena berkumpul di tengah padang. panas terik pulak tu. sabar je lah.



post signature