hari pertama puasa kami hanya berbuka di rumah. kebetulan en. nazir dapat balik awal, jadi ada la teman saya berbuka puasa. ayu berbuka di rumah mak anjang. hari pertama tak ke bazar ramadhan. kami buka nasi lauk ayam masak lemak cili padi, udang sambal dan sayur.

hari kedua semalam, kami ke bazar ramadhan. kebetulan nak berbuka puasa di rumah mak cu. keluar rumah lebih kurang pukul 3 lebih. sempat juga singgah cari makanan. ana pesan beli air abang ali. mak pesan belikan biskut empat segi kecil kegemaran dia dan teh cap kipas. alhamdulillah semua sempat dibeli.

singgah di bazar. ramai juga orang yang datang. masing-masing ada pilihan tersendiri.



pilihan kami?


satu kemestian bila ke bazar ramadhan nusa perintis ni. murtabak amir. memang best. saya takkan beli di gerai lain melainkan gerai pakcik ni. memang sesuai dengan tekak saya.



tak dilupakan tongkeng ayam. hehehe~ en. nazir dah offer saya tak kisah. air kami beli di mana lagi kalau bukan di gerai abang ali jiran belakang rumah mak saya. air pun sama, saya takkan pilih tempat lain selagi air yang saya suka abang ali ada jual. memang dah serasi jadi pelanggan dia.

dalam pukul 4 lebih sampai di setia indah. sempat tolong mak cu serba sikit.

hari ni menu utama mak cu ketupat, rendang ayam, lodeh jawa, sambal kacang dan sambal sotong kering. tak sabar nak raya nampaknya ;p

masa berbuka saya terlupa nak snap gambar kerana terlalu lapar agaknya.

*
*
*

perkembangan mak pula. sekarang berat badan mak nampak lebih susut. semalam dia tak selera makan. nak minum air masak pun tak lalu. risau dibuatnya. tapi saya kuatkan hati dan semangat dalam hati menahan perasaan sedih supaya mak pun tak turut bersedih. saya picit-picit kaki dan tangan mak cuba menenangkan perasaannya. kata-kata mak semalam membuatkan saya rasa sangat-sangat sayu. tak terluah dengan kata-kata.

"entahlah bilalah nak berakhir semua ni.. rasa macam nak pergi mana-mana"

"mak nak ke mana?" terus pantas perkataan tu terkeluar.

"rasa nak pergi tenangkan fikiran" jawab mak.

"sabar mak.. ni semua dugaan.. Allah tengah uji kita semua.. mak jangan fikir sangat pasal sakit.. insya'Allah tak lama lagi semuanya ok"

itu yang mampu saya ucapkan. selebihnya saya berkata-kata dalam hati sendiri.

"mak, kalaulah mak tahu perasaan orang saat ni.. mahu je air mata ni mengalir bila tengok keadaan mak.. tapi orang tahan.. selagi orang mampu orang takkan tunjukkan air mata ni pada mak.. walaupun setitik.. orang sentiasa doakan mak supaya cepat sembuh.. tak ada orang lain yang boleh ganti tempat mak dalam hidup kami adik beradik.. percayalah Allah takkan uji hamba-Nya kalau dia tahu hamba-Nya tak mampu menerima ujian.. mak insan terpilih.. semoga penyakit ni dapat menghapuskan dosa-dosa kecil mak.. kadang-kadang rasa sedih ni tak mampu nak dibendung, apa lagi bila berada di atas sejadah.."

"Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim.. sempena bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini.. sembuhkanlah penyakit ibuku.. ringankanlah penderitaannya.. hanya padaMu tempat kami memohon pertolongan.. Amin Ya Rabbal 'Alamin"






post signature