En. Nazir

Menu Puasa Hari Ke 6

Friday, August 28, 2009

kentang masak kicap

siakap 3 rasa


semalam boss besar request siakap 3 rasa. saya pun ikutkan saja. kebetulan ada stok kentang jadi saya buat kentang masak kicap campur ikan bilis sikit. alhamdulillah kenyang sangat.

ikan yang dibeli terlalu besar jadi en. nazir dengan sedaya upaya dikerah untuk belah ikan tu. almaklumlah kualinya kecil tak muat nak menampung badan ikan yang gedabak tu. masa buka bahagian ekor je yang habis, bahagian kepala tinggalkan untuk sahur. masing-masing dah kekenyangan. en. nazir suruh saya ajak cousin saya ila tidur dan sahur di rumah. bagus juga idea dia, kalau tak pecah perut saya nak habiskan ikan tu sorang2.

itu saja menu berbuka kami semalam. hari ni tak tau lagi nak masak apa. idea tak datang2. hehehe~



post signature

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!