insya'Allah esok kita akan mula berpuasa.

rasa baru saja melalui bulan ramadhan tahun lepas. cepat betul masa berlalu kan. sedar tak sedar ramadhan menjelma lagi.

bagi saya ramadhan kali ini, membawa banyak perubahan dalam hidup.

kalau dulu bangun sahur dengan mak, ayah dan adik-adik. makanan biasanya mak yang sediakan. kami cuma tolong-tolong saja itu pun kalau tersedar awal ;p sekarang semuanya saya kena uruskan sendiri. sahur kena sediakan makanan sendiri. buka puasa kena sediakan makanan sendiri. insya'Allah tak ada masalah.

yang penting buka puasa kali ni dengan suami dan di rumah sendiri. mungkin juga akan ada hari-hari di mana saya akan berbuka seorang diri. yang pasti esok hari pertama puasa dan berbuka seorang di rumah kerana en.nazir kerja siang dan balik pukul 8 malam. nampaknya saya terpaksa berbuka dengan nemo sajalah ;p

hari ahad mungkin kami akan ke rumah makcu. nak berbuka puasa dengan mak dan keluarga lain di sana. tak dapat sambut puasa di batu pahat. kemungkinan kami balik pada pertengahan bulan saja.

baru sekejap adik saya ayu sms. dia akan balik ke rumah saya untuk sambut puasa. hemmm. nampaknya saya tak keseorangan berbuka puasa esok. mak anjang pun ada pelawa saya berbuka di rumahnya. tengoklah macamana esok.




post signature