saya time off petang ni.

pukul 1 saya dah bergegas balik ambil en.nazir dan terus ke hospital.

alhamdulillah mak selamat menjalani rawatan kali ke 2. ada 28 kali lagi. ramai juga makcik2 yang senasib dengan mak tadi. sempat juga kami berbual-bual. ada yang memberi semangat. tak kurang juga yang melemahkan semangat.

ada makcik bertanya pada kami.

"mak awak dah stage berapa?"

"dah stage 3"

dengan selamba makcik tu membalas sambil mencebik. saya masih ingat riak mukanya.

"dah stage 3, bahaya tu"

hai makcik. sedapnya mulut makcik cakap macam tu. jagalah sikit hati orang lain. bukan hati kami, tapi hati mak kami. apa pun makcik nak cakap kami tetap berusaha supaya mak cepat sembuh.

ada seorang makcik tu pula memang peramah. dia penghidap breast cancer. dia nampak ceria sangat. dia pesan supaya ceria selalu.

sedih juga rasa hati nak meninggalkan mak tadi. esok lepas en.nazir pergi kerja saya akan ke rumah makcu. cuti hari khamis dah pun diluluskan. kami akan temankan mak untuk rawatan chemotherapy nanti.

*pics will be uploaded soon

[send via nokia xpressmusic]