"Ya nabi salam alaika Ya rasul salam alaika Ya habib salam alaika Solawatullah alaika"

ulang lagi sampai berkali-kali dalam masa hampir 1 jam.

ya, bukan saya yang bernasyid ya kawan-kawan . hand phone en. nazir yang bernasyid setiap pagi. tapi hamba Allah dua orang ni tetap tak bangun-bangun.

pagi ni, pun sama.

kata en. nazir,

"dah terbobos kompang masih tak jaga"

kata saya,

"dah naik serak suara nazrey suruh kita bangun"

tapi akhirnya, 5.16 am kami baru terjaga. itu pun kerana saya mimpi salah seorang assistant manager di department saya minta saya duit petty cash RM250. rasa terkejut buat saya terjaga.

sudahnya, kami hanya sempat bersahur seorang sebiji buah pear dan sebiji donut big apple yang kami simpan semalam.

kasian deh lorrrr ;p


post signature