Saya Yang Bersalah ;p

Saturday, August 22, 2009

entah mimpi apa yang menjelma subuh tadi. tup2 saya terjaga.

5.20am

terkejut beruk. kami dah terlajak nak bersahur.

sepatutnya alarm berbunyi pukul 4. tapi kenapa tak ada bunyi alarm. saya check hp. rupanya memang saya set alarm tapi tak save sebab mungkin sambil set terus tertidur ;p

saya pun terus kejut seisi rumah, en.nazir, ayu dan ila.

nasib baik kuew tiaw goreng malam tadi ada lebih. panaskan sekejap dan bakar roti. sempat juga kami bersahur express.

macamanalah boleh tercuai tak set alarm betul2.

bila diorang sindir saya, saya teringat pesanan saya yang beriya2 malam tadi ;p sebelum tidur.

"ayu, jangan lupa set alarm pukul 4"

saya pun masuk bilik.

keluar semula ke dapur. tekak haus pula. sebelum masuk bilik, pesan lagi.

"yu jangan lupa set alarm kalau kak long tak sedar ada gak back up"

"ila pun sama, set alarm"

punyalah beriya saya memesan akhirnya saya yang terlajak. ngeh2.


[nota kakiku bukan kakimu: baru 1st day puasa, rancangan masak memasak dah berderet2 di tv1]


[posted via nokia xpressmusic]

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

  1. biasalah awal2 pose ni...mmg akan terjadi kes tak sdar or terlajak sahur ni..hik hik hik

    ReplyDelete
  2. Siti @ nurie>>a'ah la siti..bleh tbabas plak..hehehe

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!