Me

X-student Yang Malu² Kucing

Monday, August 17, 2009

tadi lunch dengan raihaan.

tengah duk makan saya terpandang seorang waiter baru di cafe.

dalam hati berkata.

"emmm..budak ni macam muka anak murid aku dulu"

saya pun beritahu raihaan. raihaan suruh saya sapa budak tu. tapi saya malas. sekejap lepas tu seorang waitress datang bertanya pada saya.

"akak, ada orang tanya, dulu akak pernah mengajar ke? dia kata akak cikgu dia"

saya pun jawab,

"a'ah.. budak tu memang anak murid akak, tapi akak tak ingat siapa nama dia"

"nama dia syukur" balas waitress tu.

emmm.. bila disebut nama 'syukur' tu baru saya bertambah-tambah ingat pada ex-student saya ni. boleh tahan degilnya dalam kelas. hehehehe~

dalam hati saya kata "aikk..siap hantar wakil lagi budak sorang ni"

sampai dua tiga kali juga minah ni jadi posmen si syukur.

dia malu-malu kucing nak tegur saya. saya buat selamba kodok je la. lepas tu saya dan raihaan duk menggelakkan dia. dia nak main sembunyi-sembunyi pula. terhendap-hendap macam orang buat salah, lepas tersengih-sengih macam kerang busuk. syukur.. syukur..

rasa rindu pula saat-saat jadi cikgu dulu. walaupun kadang-kadang rasa sakit jiwa dengan perangai murid, tapi saya happy.



post signature

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

  1. bestkan....tapi tuelah, kene tahan perasaan jelah..he he he...

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!