Family

Bila Izhan Dah Sihat

Monday, September 14, 2009


Bila ayah dia dah balik, Izhan serta merta jadi sihat. Semua sakit tonsil terus lenyap. Nampak sangat demam rindu ayah tu yang menyebabkan tonsil dia jadi bertambah kritikal. So far, Izhan tak jadi buat operation, doktor kata mungkin akan ada side effect. Takut kehilangan banyak darah. Darah Izhan pula dihantar ke Singapore untuk dikaji lebih lanjut. Bila dah jumpa ayah dia, memang tak boleh berlepas. Kakak-kakak tak ada peluang nak ngempeng dengan ayah. Rindu sangatlah tu.

Hari pertama Pok Teh saya sampai, dia langsung tak boleh berenggang sekejap pun. Dia kata "ayah jangan tinggalkan adik lagi, adik janji tak nakal" Alahai macamanalah 4/10 ni nanti bila Pok Teh saya terpaksa balik semula ke Abu Dhabi. Mesti banjir airport dibuatnya.



Iffah yang puasa yang-yang yok. Bila dia lapar dia akan jilat-jilat kakak dia, dengan harapan puasa dia terbatal. Bertuah betul budak kecil ni. Tengok tu ada jerawat besar di hidung.



Sempatlah Kak Long layan sepupu-sepupu kecil ni. Izhan dah ada ayah dia jadi sombong. Jadi layan yang berdua ni sajalah sebelum Kak Long tertidur di sofa tak sedarkan diri


post signature

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!