Masak-Masak

Ini Saja Yang Terhasil **Updated**

Monday, September 14, 2009

Malam Ahad saya dan Ayu gigih membuat Cornflakes Madu. Memang saya tunggu Ayu balik dari asrama untuk tolong. Kalau buat sorang rasa boring. Lagi pun buat untuk rumah saya dan rumah emak.

Malam tu saya tidur di rumah emak, maklumlah suamiku kerja malam. Sambil buat sambil tengok Cerekarama di TV3. Kalau tak menyambil mesti tak siap kuih ni. Bila lagi nak buat dah tak ada masa rasanya. Hari bekerja badan dah letih. Nanti kuih ke mana saya ke mana.

Saya buat tak banyak. Cukuplah untuk bagi dua. Buat 3 kotak cornflakes saja. Jadilah tu kan. Dapat juga tambah-tambah kuih raya.

Inilah hasilnya Cornflakes Madu saya. Plan awal nak letak buah ceri. Memang dah beli cerinya. Tapi bila nak potong halus, bau ceri tu dah lain macam. Terus cancel niat nak meletak buah ceri. Jadi hiasannya cuma bijan saja yang ada.



Cornflakes Madu Hernee Nazir


Sebenarnya saya beli cornflakes 4 kotak. Ada balance sekotak lagi. Saya memang berangan nak buat biskut cornflakes tapi terlupa resepi. Puas fikir nak minta pada siapa. Malam tu juga saya minta dengan Chef Dida. Dapat saja resepi tak buat terus. Perap dulu esok baru buat. Petang semalam sambil masak sambil buat biskut cornfkales ni. Bakar pula waktu malam sambil lipat baju sambil bakar kuih. Banyak betul "sambil" saya ni. Ye la, kalau tak menyambil makin berlambak kerja nanti.

Inilah hasil Biskut Cornflakes saya.



Biskut Cornflakes Hernee Nazir

Kalau ada masa terluang lagi, nak buat Sarang Semut. Sempat ke tak tu ek? ;p

Atas permintaan Mummy Dasy maka saya share resepi dari Chef Dida untuk membuat Biskut Cornflakes.

Bahan-bahan (1 adunan):

1 kotak cornflakes (hancurkan)

1 cawan gula (boleh kurangkan ikut suka)

1 cawan tepung (raising flour)

105g butter

1 biji kuning telur

kismis/ ceri

badam (kalau suka)

Cara-cara:

  • Pukul butter dan gula hingga sebati dan kembang.
  • Masukkan kuning telur.
  • Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.
  • Masukkan cornflakes yang telah dihancurkan.
  • Masukkan kismis/ ceri/ badam jika suka.
  • Gaul hingga rata dan sebati.
  • Masukkan ke dalam cup atau cekut-cekut saja (macam saya buat tu)
Selamat mencuba!



[thank you notes: Thanks to Chef Dida, nanti nak minta resepi lain pula ;p]


post signature

You Might Also Like

9 Th♥ught (s)

  1. hehehe~

    belum sempat ku buat lagi kak~

    ReplyDelete
  2. ZARA 札拉>>kuih tnjuk je la tu..hehehe

    ReplyDelete
  3. oh.. banyak dah tu! ahaha.. saya harap adik buat je la.. dia punya cornflake dia x letak bijan.. nasib baik... (saya x tau kenapa saya x suka bijan.. hihi)

    ReplyDelete
  4. che long resepi biskut cornflakes... aku lak nak wat

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!