Sambungan entri ini.

Cerita saya di Benut, Pontian.

Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 10 pagi dan sampai lebih kurang jam 11 lebih. Actually, my mom's neighbour yang suggestkan tempat ni. Kami pun cubalah mana tahu serasi.

It is hard for me to explain tau, apa yang saya tengok. Actually, ni perubatan cara batin.

Pengamal perubatan ini adalah seorang wanita yang memainkan dua peranan. Seorang "Doktor" dan seorang lagi dipanggil "Bapak" Mula-mula saya fikirkan ada dua orang rupanya tidak.

Peranan "Bapak" - Merawat pesakit yang diganggu makhluk halus atau sebagainya

Peranan "Doktor" - Merawat semua jenis penyakit





See, ramai sangat orang yang menunggu. Ada yang membawa isteri, suami, anak, emak, ayah yang sakit. Memang terkenal rupanya tempat ini. Kami saja yang tak tahu.

Cuba kawan-kawan tengok, red carpet yang dia dudukkan tu. Adakah kawan-kawan nampak apa-apa selain carpet dan si "Doktor" itu? Tentu tak nampak apa-apakan? Kalau saya kata ada benda atas carpet tu kawan-kawan boleh percaya tak? Actually, I can't see anything there. Memang tak ada apa-apa pun, tapi si "Doktor" kata di kiri kanan dia ada ubat yang hanya Allah dan dia saja yang nampak.

Ada sekali seorang kanak-kanak lalu dan terpijak carpet tu, terus "Doktor" bagi amaran.

"Jangan langgar ubat doktor"

Saya hanya memerhati benda yang tak nampak.



(Gambar kiri) Pesakit yang sedang dirawat oleh "Doktor"
(Gambar kanan) Emak saya semasa dirawat oleh "Bapak"

Bila "Doktor" merawat, segala pergerakannya saya perhatikan. Cara dia bercakap memang seperti seorang doktor professional. Fakta-fakta saintifik semua keluar. Tapi cara rawatan dia bukan seperti rawatan doktor di klinik atau hospital. Tak ada satu alat pun yang kita nampak. Totally invisible. Dia akan bagi injection, tapi picagari hanya dia yang nampak, kami hanya nampak gerak gaya dia saja.

Bila dia bagi ubat, semua hanya pada gerak gaya. Saya masih ingat segala gerak geri "Doktor". Sampai satu masa dia akan berhenti rehat dan selang beberapa minit diganti dengan "Bapak".

Bila "Bapak" mengambil alih, dia akan menukar baju dan seluar hitam. Suaranya pun bertukar menjadi suara seorang lelaki Indonesia. Dia akan bertanya masalah pesakit dan akan memberikan ubat yang dimasukkan ke dalam air. Sama macam "Doktor" ubat yang dimasukkan pun kami tak nampak. Dia akan bagi arahan sama ada minum air tersebut atau sapu pada bahagian yang sakit. Tak ramai yang berjumpa "Bapak". Selesai pesakit terakhir, "Bapak" pun berhenti rehat dan diganti dengan "Doktor" semula.

Tiba giliran emak saya, saya dan Anna menemani emak. (itu yang tak sempat nak snap gambar). Dia tanya emak ada penyakit apa. Dia suruh emak pusing ke belakang. Dia nak check darah emak, dia kata memang ada masalah rahim. Dia bagi injection (tapi saya tak nampak jarum). Dia masukkan ubat dalam air emak. Satu lagi, pantang "Doktor" jangan buka penutup botol sehingga diberi arahan. "Doktor" suruh kami tinggalkan alamat dan datang semula minggu depan.

Sebelum tiba giliran emak, saya dengar perbualan "Doktor" dengan pesakit lain.

"Awak bagi address, nanti malam Selasa specialist datang buat operasi"

Saya saling berpandangan dengan Anna. Kami tersenyum. Bukan nak mentertawakan cuma ada sesuatu yang menggelikan hati. Dalam hati berkata, "uiks.. siap ada specialist ke?"

Actually, "operasi" yang dimaksudkan ialah, "Doktor" akan datang ke rumah atau hospital (sekiranya pesakit ditahan di hospital) untuk menjalankan pembedahan terhadap pesakit tanpa pengetahuan pesakit. Mungkin masa pesakit tidur dan yang penting tanpa pesakit sedari. Saya pun tak pasti kesahihannya semuanya Allah punya kuasa.

Minggu depan kami akan ke sana lagi menemani emak. Kami hanya berusaha, mujarab atau tidak semua kami serahkan pada Yang Maha Kuasa.

Waktu operasi Ahad - Isnin & Rabu - Sabtu - 10.30 am - 5.30 pm (too many dash ;p)
Cuti pada hari Selasa.

Saya akan cerita kisah seterusnya untuk rawatan akan datang.






post signature