General

Rumah Tangga

Thursday, September 03, 2009

Email dari seorang kawan untuk di kongsi bersama.


Sedikit bingkisan rasa untuk dikongsikan bersama. Semoga Allah memberi kita keberkatan atas apa jua usaha yang murni dan mendoakan kita beroleh kejayaan selalu, InsyaAllah. SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI


Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :


Wahai kaum wanita, aku lihat

kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

  • Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
  • Kamu kufurkan kebaikan suami.'


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
YANG LEBIH, YANG KURANG


" Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU


" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." Ingat, kehidupan didunia adalah sementara dan jikalau kita dijodohkan, maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..



post signature

You Might Also Like

6 Th♥ught (s)

  1. mmg pun kan...kene sntiasa bertolak ansur...tahun pertama perkahwinan siti, kitaorg selalu gak gaduh2 manja...hik hik..skrg, bila dan mula bolh bertolak ansur(kkdg trlbh tolak ansur), dah mula ok..makin best je rasanyer...

    ReplyDelete
  2. salam....org yg suka jaja keburukan suami....mungkin dia kurang didikan agama la kot....suami pun manusia biasa jugak.....mana ada suami yg tak pernah buat salah.....apa apa pun my hubby is the best....wakakakakakak....

    ReplyDelete
  3. Siti @ nurie>>btullah siti..awl2 tu kdg2 ade gak yg x kna..alhamdulillah makin lame makin fhm..

    ReplyDelete
  4. Alimaz-Kembara Terasing>>a'ah x tgamak ek nk buruk2n suami..kte pn msh kurg..

    my hubby the best too..hehehe..nak gak..

    ReplyDelete
  5. kak..boleh bagi luahan ni pada saya..hantar kat email boleh?

    ReplyDelete
  6. angah>>bleh jek..angah bg email kt akak..or angah email akak hernee@ptp.com.my

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!