Balik Kampung

Sejuk Itu Mengantuk.

Tuesday, September 01, 2009

Hujan yang semakin lebat di luar sana memaksa mata saya terpejam semula. Rasa mengantuk bermaharajalela.

Walaupun keseluruhan tubuh sudah di basahi air kolah yang sejuk tapi tetap tidak menyegarkan mata saya. Puas menggodeh telefon bimbit sendiri, telefon bimbit En. Nazir pula yang menjadi mangsa.

Aroma bijian kopi menusuk ke rongga hidung. Kadangkala baunya menyegarkan tapi semakin lama semakin menyesakkan dan memeningkan. Hakikatnya, saya bukanlah "Pencinta Kopi Sejati". Dalam hati tertanya-tanya "Siapakah hamba Allah yang membancuh kopi di pagi hari ini?" Oh, rupanya jiran ibu mertua saya yang sedang menggoreng bijian kopi.

Di sudut ruang tamu rumah, sekujur tubuh En. Nazir sedang asyik menyambung mimpi. Mungkinkah saya akan mengikut jejak langkahnya? Mungkin juga tapi bukan sekarang.

Sepanjang menaip entri ini, mata saya tak henti terpejam. Jadi saya harus berhenti di sini buat seketika kerana mata ini tak mampu dibuka lagi.



["Sejuk Itu Mengantuk" posted via nokia xpressmusic]

You Might Also Like

8 Th♥ught (s)

  1. kak~

    aku juga sejuk~

    err..kamu guna Xpressmusic yg mana ni kak?

    ReplyDelete
  2. zara>>same la ngntuk kn? akak une music xpress yg cikai jek..hehehe

    ReplyDelete
  3. qamaruluramaq>>2 la psl..asyik nk tido je mate ni..hehehe

    ReplyDelete
  4. Delimasari>>tu la..skjap lentuk skjap lentuk..hehehe

    ReplyDelete
  5. hahaha..tol tuh kak hernee. sejuk itu mmg mengantuk..hikhikhik :P

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!