Life

Update Ringkas Malam Selasa

Monday, September 28, 2009



Masih belum ada kesempatan nak update cerita raya.

Balik dari kerja terus bersilat di dapur. Boss besar kerja malam jadi haruslah masak sepantas kilat. Lepas maghrib mak suruh datang rumah ada marhaban. Dia minta tolong apa yang patut. Tahun ni mak saya tak dapat join geng-geng marhaban almaklumlah kesihatan tak mengizinkan. Di kawasan perumahan ni, marhaban seminggu selepas raya. Marhaban kumpulan ibu-ibu saja, bapa-bapa malu agaknya nak marhaban.

Saya tak join marhaban ke rumah jiran lain, adik saya je yang gantikan mak. Kalau saya join siapa nak temankan mak di rumah. Ok juga kalau jemput makcik-makcik ni marhaban di rumah saya, tapi kena bincang dengan En. Nazir dulu. Kawasan rumah saya masih belum ada kumpulan yassin dan marhaban macam ni, yang ada cuma "AHLI MESYUARAT TINGKAP" ;p

Sekejap lagi nak balik rumah, tapi sempat online sekejap. Dekat rumah baju selonggok dah menunggu. Mata dah berat ni, kalau postpone lipat baju boleh tak? hehehehe~

Esok ada open house Pok Teh saya, nampaknya balik dari kerja saya ambil En. Nazir di rumah dan bergegas ke rumah Pok Teh. Kalau tak mesti tak sempat En. Nazir nak join sama.

Lusa open house Seed. Insyal'Allah kalau tak ada aral melintang sampai la saya di rumah mak Seed lunch hour nanti. Nak datang after working hours takut tak sempat pula nanti ada yang tak makan pergi kerja. Wooooo.. tak sampai hati tu, wife makan sedap-sedap, hubby di rumah kebuluran. Panjang pula celoteh saya, nak cerita raya memang belum bersedia jadi ceritalah yang merepek-merepek dulu.

Lagi pun saya bagi peluang Cdot tayang gambar raya kami. Aura rajin update blog dia dah mari. Biarkan dia. Sampai masa giliran saya tayang muka dalam blog ni. hehehehe~

Mata pun dah kelat semacam ni. Sementara tunggu adik saya balik dari marhaban, sempat juga lelapkan mata dengan harapan boleh sambung lipat baju bila balik rumah nanti. Semoga impian saya menjadi kenyataan. Chaiyok2 Hernee!




post signature

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!