Kenapa tajuk entry saya 'Bukan OPEN HOUSE'?

Sebab saya tak nak ada yang berkecil hati, bila baca entry makan-makan di rumah saya ni. (ada ke yang nak kecil hati???hehehehe~) Semalam adalah bukan OPEN HOUSE rumah saya. Semalam kebetulan kawan-kawan En. Nazir nak datang beraya di rumah. Jadi saya pun masaklah Soto Ayam dan Mee Hoon Soto untuk tetamu.

Alang-alang dah masak lebih saya jemput juga kawan-kawan saya macam Aien, Mint, budak-budak GEMS PTP dan sepupu saya.

Kawan- kawan En. Nazir datang selepas Zuhur dan kawan-kawan saya selepas Asar. Kami buat macam ni sebab nak mengelakkan tetamu yang datang tak cukup layanan.



Kumpulan pertama sampai, Boy and family, Apong and Wife and Hafiz. Thanks untuk mereka yang sudi makan juadah tak seberapa yang kami sediakan tu.



Kumpulan kedua, sepupu saya Ina and family dan budak-budak GEMS PTP. (Ijal, Sashi and Nana) Budak-budak yang lain (Zaza, Siti and Shoba) tak dapat datang. Kesian dorang tak ada transport nak datang.




Kumpulan ketiga, Aien and family, Abang Zamri and ex-housemate En. Nazir masa duduk rumah sewa bujang-bujang dulu.



Amni yang dah semakin mantap isinya. Geram sangat tengok. Sementara ibu Amni makan, Amni main-main dengan Auntie Hernee dulu.

Lepas semua balik, Mak, Ana, Ayu dan Mak Anjang and family pula sampai. Tetamu-tetamu terakhir kami. Saya pun join makan sekali lagi. Diorang balik lepas maghrib dan kami pun bersiap-siap untuk ke Open House jiran sebelah blok dan ke rumah Apong.

Penuh sebu sarat perut saya semalam. Makan, makan dan makan. Di rumah jiran saya hanya makan 2 ketul lemang, roti jala dan kuah kari.

Sampai di rumah Apong, makan lagi. Tuhan saja yang tahu betapa semputnya nak makan lagi. hehehehe~ Zila masak mee hoon ladna kot. Saya tak pasti, yang penting sedap dan banyak aksesorinya.

Balik ke rumah ingatkan nak berehat, sekali ada tetamu (jiran tingkat 1) datang beraya. Tetamu mesti dilayan. Kebetulan ada lagi soto lebih kami jamukan untuk jiran yang datang. Lepas diorang balik terus terbongkang depan tv. Tak sempat tengok Cerekarama sampai habis kami dah tertidur. Sedar-sedar pukul 2 pagi. Penat sangatlah tu.

Untuk semua tetamu yang berkunjung ke rumah kami, terima kasih banyak-banyak kerana sudi datang. Semoga kedatangan kalian membuka pintu rezeki kami sekeluarga. Amin


post signature