Setelah berhempas pulas dari pagi sampai petangsampai nak migrain, berjaya juga En. Nazir mengingat password memory cardnya.

Tiba-tiba dia email pada saya..
Huhuhuhu.. abg dah patahkan memory card ni..

Tapi ada attached gambar-gambar makan semalam. Poyo betul mamat ni. Saja nak main-mainkan saya.

Dia kata lagi,
Alhamdulillah abg try je sekali bleh.. abg dah delete password tu..hehehe..sib baik gak bleh.. kalau tak 1 ari ni murung je..huhuhu

Alamak poyo lak En. Nazir ni sampai nak murung-murung.

Ok, berbalik pasal cerita dinner semalam. Oleh kerana saya adalah balik lambat bersamaan dengan balik pukul 8pm sama dengan En. Nazir, jadi perasan nak masak adalah sangat malas plus sangat penat. Terus kami plan ke Saujana Seafood Restaurant for our dinner. Bukan makan apa pun, yang simple2 saja.



As usual, belimbing juice for me and sirap laici for him. Separuh saja yang dapat diminum, separuh lagi En. nazir sedekah pada meja yang haus ;p



Tomyam seafood yang sedap. Tak puas makan ketam, dapat sorang sebelah je. Mana aci. Udang En. Nazir hentam sorang.



Ulam-ulaman plus sambal belacan. Sedap juga tapi tak boleh lawan sambal belacan Cik Awe Donde tepi sungai tu.



Kailan ikan masin yang marvelous sampai meninggalkan kesan bau ikan masin pada tangan saya. Hadoi lapar pulak rasanya. Terasa menghirup kuah kailan ni.



Menu tambahan, telur dadar. Rasanya biasa saja, tetap rasa telur ;p



Total bill malam tadi RM22.50 tunai. Dah macam mas kahwin orang Johor pulakkan. Apa pun memang mengenyangkan. Balik rumah lepak-lepak sambil tertidur depan tv.

Additional:

PapaiMan kata,

Kalau ngan Cik Long..memang cite makan je la...tapi bagus..mantain!!

Saya kata,

Memang betul, kerjanya nak makan je.. yang bagus and maintain tu apa? entry makan2 atau tumbesaran saya??? hehehehe~ kalau tumbesaran, tak maintain dah.. dah ada lemak yang bertambah..hehehe~


post signature