Deko Bersama Hernee Nazir

Jalan-jalan Di Petang Sabtu

Monday, October 12, 2009

Plan petang tu nak berjalan-jalan raya ke rumah Abang Rahim cousin En. Nazir di Uda Utama. Janji nak datang dalam pukul 4, tapi kami terlajak sampai ke pukul 6. Sampai depan rumah Abang Rahim, tengok macam tak ada orang. Sekali En. Nazir call, tuan rumah sekeluarga dah selamat ke open house kawan dia di Kg. Danga. Padankan muka. hehehe~

Before keluar rumah memang dah plan, lepas ke rumah Abang Rahim nak jalan-jalan ke mana-mana. Bila tuan rumah dah tak ada terus je kami tuju ke Jusco Bukit Indah. Mula-mula macam nak ke Sutera Mall, tapi macam malas pulak nak ke sana.

Sampai Jusco, terus buat membership card di Padini. Lepas tu, ronda-ronda kedai hadiah la, kedai aksesori la. Saja cuci mata. Lagi pun ada plan nak mendeko rumah dengan En. Nazir. Ronda-ronda sambil tengok apa yang patut dan tambah-tambah idea.



Apakah motif saya mengambil gambar ini??? hehehehe~



Macam berangan nak beli benda ni letak dekat rumah, tapi macam tak ada ruang yang sesuai. Macam best je dengar bunyi air tu. Berapa banyak macam daaaa...



Survey bidai dan curtain yang seumpama dengannya juga. Angan-angannya nak letak pada pintu masuk ke dapur. Bila tengok harga. Mak datok, mahal gila. Maca tak berbaloi dengan ukuran curtain tu.


Saya sangat berkenan dengan yang ini. tapi bila tengok harganya, RM180 terus terdiam sekejap. Kalau nak cantik kena tambah lagi satu dan sambungkan pada hujungnya untuk lebih panjang. Warnanya memang cun melecun pada saya. Nampak menarik bila di gabungkan dengan warna hijau feature wall rumah saya tu.

Tapi saya terpaksa kuburkan niat tu dulu. Kena cari idea lain. Belum cukup budget nak beli sampai dua set. Maknanya kena invest RM360 untuk bidai saja. Nanti-nantilah dulu kena fikirkan semula.

Lepas survey barang-barang nak mendeko, sempat cari seluar untuk saya walaupun tak ada budget membeli belah lagi hehehe~ Sempat capai mascara satu.

The best part, best sangat ke??? hehehe~ Tunggulah next entry.. ;)


post signature

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

  1. Aku tgk gak tp kata laki aku x smpi sehari beli putus ragut dek Daneen menyampah tul

    ReplyDelete
  2. Mummy Dasy>>tau xpe..hrga mmg x bbaloi..kna cri idea lain ni..

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!