Foods Review

Makan Lagi

Friday, October 30, 2009

Sebenarnya entry ni untuk 'foods review' yang saya nak perkenalkan di blog saya ni. Alang2 gila makan, baik buat sesuatu yang bermanfaat untuk semua kan ;)

Lunch tadi saya dan Mint terjah ke Kedai Makan Talip. Lokasi kejadian di Bangunan MARA, Pekan Gelang Patah. To be specific, in front of traffic light (T-junction) nak menuju ke kampung. Manalah tau ada kawan2 yang tersesat kat Gelang Patah, bolehlah mencuba menu2 di kedai ni.

Tadi saya makan nasi ayam. Agak lama juga tak pekena nasi ayam dia ni. Pada saya nasi ayam kat sini boleh tahan sedaplah.


Sambal dia sangat pedas. Meleleh hingus air mata. Harga sepinggan RM4. Rasanya standard price lah tu kan. Saya minum Ice Lemon Tea RM1.30 saje. Total RM5.30.


Mint pula order Mee Hoon Soto. Harga semangkuk RM4 juga plus Teh O Ais RM1.30. Total RM5.30 juga.

Next review will be Rojak Asma.

Stay tuned! :)


post signature

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!