Frenz

Open House Adarassa

Friday, October 16, 2009

Semalam punya semalam, balik dari kerja, setelah penat gotong-royong siapkan goodie bag saya terus ajak budak-budak ni ke open house Adarassa House di Restoran Tanjung Nelayan. Actually, department saya adalah pelanggan tetap Adarassa ni. Lagi pulak owner nya kakak ipar kepada Pok Teh saya jadi haruslah saya dapat jemputan kan.



Muka Zaza and Ita tak masuk pulak. Kesian dia orang hehehe~ Masing-masing dah kelaparan. Manusia ramai gila. Saya rasa macam seluruh penduduk kampung datang ke open house ni. Walaupun sesak, sempat juga kami menyelit ambil makanan. Tak boleh malu-malu nanti lapar ya ;)



Kebetulan, saudara mara ku juga ada di situ ;p Sempat culik Ilham dari Kak Nina. This boy is so cute kan. Mata dia mak oi galak betul. Kalau uols nak tahu, saya punya angan2 dari dahulu kala saya nak letak nama anak lelaki saya dengan nama Ilham dipangkal nama (andai diberi rezeki). Saya suka sangat dengan nama Ilham. Nama Iman pulak untuk anak perempuan. Semoga impian saya menjadi kenyataan suatu hari nanti :)



Akibat kelaparan, licin pinggan saya tau. Sedap juga otak-otak ni. Tu yang bedal sampai dua. Depan budak2 ni bedal dua, kalau dengan En. Nazir mesti bedal lebih hehehe~ Oh btw, En. Nazir tak dapat join sama, kerana dia menjalankan tugas pada negara hehehe~



post signature

You Might Also Like

5 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!