Malam Khamis lepas ke open house Umi Nawfal makin bertambah berat saya macam ni. Oleh kerana En. Nazir kerja malam, jadi saya terpaksa pergi sorang. Hasutan saya supaya Mummy Dasy pergi sama tak menjadi. Jadi saya bersaing dengan Jijah.

Ramai betul kawan-kawan Umi Nawfal yang datang. Mula-mula rasa malu juga, mana taknya saya sorang je yang tersesat. Semuanya kawan seofis dengan dia. tapi tak pelah dapat juga saya tambah-tambah kawan.

Bila dah ramai-ramai macam ni, sempat juga berkenalan dengan Liza, suaminya kawan Umi Nawfal. Rupanya dia jiran rumah saya, satu blok lagi. Ada ke patut saya tak kenal jiran. hehehehe~ Dia pun tak kenal saya. Adillah tu. Nasib baik saya kepoh kalau tak sampai ke sudah tak kenal jiran.

Kawan Umi Nawfal, Kak Chom yang baru saya kenal pun peramah sangat. Macam pernah jumpa je. Kalau Kak Chom baca entry ni, "thanks ek kak, lain kali jumpa lagi".



Time to eat. Banyak gila makanan. Mula-mula saya ceduk nasi lemak. Tiba-tiba ternampak nasi impit. Terus tuang semula nasi lemak. Buruk perangai kan hehehehe~ Seriuosly masakan Umi Nawfal dan bonda memang tip top. Ayam masak merah Umi Nawfal dekat-dekat rasa masakan mak saya.



Sempat minta tolong Kak Chom snap gambar saya, Nawfal and Jijah. Buat kenangan and prove yang saya datang sini hehehehe~

To Umi Nawfal and family..

Thank you so much.. Next time jangan lupa jemput lagi..hehehe~


post signature