Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers







Our 1st Anniversary - Nazir & Hernee
(18 Oct '08 - 18 Oct '09)



Alhamdulillah syukur kepada Allah. Sedar tak sedar dah setahun kami melayari bahtera rumahtangga. Kami dinikahkan pada 18 Oktober 2009 dan disandingkan pada 26 Oktober 2009. Walaupun dugaan datang dan pergi, kami tetap menempuhinya dengan kesabaran. Kami redha dengan dugaan Allah. Setahun usia perkahwinan, kami masih berdua. Mungkin Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami. Mungkin juga Allah bagi peluang untuk kami lebih mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam sebelum menambah biak ahli keluarga.

Bila dikenangkan semula saat-saat bergelar isteri setahun yang lepas, berbagai rasa bercampur aduk dalam diri. Perasaan gementar, gembira, sedih semua bersatu. Susah nak digambarkan perasaan saya saat itu. Allah saja yang mengetahui.

Rasa macam dalam mimpi pun ada. Tak sangka perkenalan sebagai kawan biasa membawa kami ke jinjang pelamin. Saya rasa perkahwinan kami adalah satu hadiah yang sangat bermakna dalam hidup saya. Allah makbulkan doa saya. Allah b eri petunjuk yang jelas kepada saya. Sejak ternampak En. Nazir buat pertama kali hati saya mula terdetik mungkinkah ini jodoh saya. Masa itu saya tak pernah mengharap, tapi setiap hari saya berdoa biar Allah bagi petunjuk kepada saya. Sekiranya dia bukan jodoh untuk saya, saya minta Allah jauhkan dia dari saya. Tapi apa yang berlaku semakin lama kami semakin serasi. Saya sangat senang dan selesa bila berbual dengan dia. Kami kongsi segala masalah bersama. Saya jadi penasihat dia, dan dia jadi penasihat saya. Sebenarnya banyak cerita suka duka antara kami. Nanti bila dapat keizinan daripada En. Nazir s aya akan ceritakan kisah percintaan kami eksklusif di blog kesayangan kami ni :)

Saya harap hubungan kami suami isteri akan sentiasa diberkati oleh Allah. Semoga suatu hari nanti kami akan dikurniakan zuriat penyambung warisan kami. Pengalaman keguguran kandungan yang lepas, tak pernah mematahkan semangat saya untuk terus berusaha mendapatkan gelaran "ibu" demi membahagiakan hidup seorang lelaki yang bergelar "suami". Insya'Allah.

Doakan kebahagiaan kami ya kawan-kawan.


::Detik-detik terakhir sebelum menamatkan zaman bujang::


::Akhirnya bersatu::


Untuk suami tersayang;

Terima kasih atas limpahan kasih sayang yang diberikan selama ini.. Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.. Terima kasih kerana memahami diri ini.. Terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar Abang.. Terima kasih atas segala-galanya.. Semoga hubungan kita akan terus mekar sehingga ke akhir hayat.. Tak ada siapa pun yang boleh gantikan tempat Abang di hati Sayang.. Semoga Allah kurniakan kita zuriat yang soleh dan solehah.. Love you till the end of my life..


Tiba-tiba hati saya jadi sayu :'( layan jiwang di pagi hari..




post signature