Life

Semalam Yang Mengenyangkan

Monday, October 05, 2009

Semalam adalah "hari periuk tergantung" (istilah kamus manalah ni??) bagi saya. Kenapa saya cakap macam tu? Mesti awak-awak semua dah boleh agak. Semalam hari yang amat mengenyangkan bagi saya. Sampai rasa tak tak larat nak makan tapi tetap sumbat juga makanan yang ada ;p

Tak masak langsung semalam. Tengahari alas perut di rumah Mak. Pukul 3 ajak Ayu teman pergi open house Jijah. Ada roti jala, ada laksa, ada buah-buah, macam-macam ada. Tapi saya makan roti jala saja.


Sempat lagi snap gambar walaupun tak berapa jelas. Semua Ayu punya pasal, tak nak bagi kerjasama pada saya ;p.

Dalam pukul 4 lebih baru balik. Tukar baju, then ke rumah sewa budak-budak GEMS jiran seblok saya. Diorang buat makan-makan juga. Rajin sungguh budak-budak ni masak. Banyak gila makanan. Walaupun perut dah sendat, tapi tetap jamah makanan. Orang dah pelawa tak elok tolak.

Balik rumah rasa perut nak meletop dah. Hadoi, memang kenyang gila.

Sebelum tu sms, En. Nazir nak confirmkan nak ke rumah Emmy ke tak. Alhamdulillah hasutan saya berjaya. Dia setuju. Yeay! dapat jumpa Emmy and Ajie (both of them adalah "Mak Buyung")

Sementara tunggu En. Nazir balik kerja pukul 8 malam, saya merehatkan diri dulu. Takut tak larat pula nanti. Ayah call, minta tolong hantar Ayu balik hostel sekali. Suka hati je kan balik hostel lambat-lambat, ingat SM Teknik Tanjung Puteri dan Samshudin Yahya ada share ke? Tapi Ayu dah inform warden yang dia balik lambat.

Sampai rumah Emmy pukul 9 lebih. Sempat juga tersesat barat. Tersalah tunjuk jalan daaa. Akibatnya "beliau" membebel sepanjang jalan. Ramai juga kawan-kawan Emmy dan Shah yang datang.

Ajie dan Jul dan sampai dulu. Kesian dia terpaksa menunggu kami.


Terlepas rindu saya pada bestfriend saya ni. Masing-masing bakal jadi ibu next year. Emmy (baju merah) 20 weeks and Ajie (baju biru) 17 weeks. Alhamdulillah rezeki diorang datang dulu.

Kesian Emmy sibuk bersilat di dapur sambil melayan tetamu.



Saya dan Ajie. Sebelum balik sempat snap sekali lagi. Walaupun dekat tapi susah nak jumpa. Masing-masing ada komitmen sendiri. Ni pun tak tahulah bila dapat jumpa lagi.

Pukul 10.30 malam kami beransur balik. Hantar Ayu sekejap dan terus pecut balik rumah. On the way, saya tak sengaja tertidur ;p

Ampun En. Nazir.


post signature

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!