En. Nazir

Siakap Stim Hernee Nazir's Style :)

Monday, October 19, 2009

Hari Sabtu lepas, mood memasak sangatlah rajin. Tapi tak ada idea nak masak apa. Tiba-tiba big boss kata nak makan ikan pari bakar. Sebelum ke kedai, kami bergotong-royong mengemas rumah, membasuh etc. Dah pukul 12 baru En. Nazir ke kedai. Nasiblah tu kalau ikan semua dah habis.

Sampai kedai dia call, nak beli ikan siakap. Dia kata teringin nak makan Siakap Stim pulak. Saya tak kisah yang penting beli bahan2. Segala bagai bahan saya suruh En. Nazir beli.



Inilah hasilnya Siakap Stim Hernee Nazir's Style :)



Big boss kata sedap. Maka kembang kuncuplah hidung wife dia yang memang sedia kala kembang ni hehehe~



Hirup kuah sampai habis. Semua licin kami kerjakan. Memang kalau masak Siakap Stim ni, tak sempat nak tinggal untuk malam punya. Makan sekali harung je.

Resepi ni saya hentam keromo je. Yang penting memang sedap. Aeh over pulak terpuji masakan sendiri~ lalalala~

Bahan2 yang musti ada:

Ikan siakap 1 ekor (saya belah dua coz tak muat nak masuk periuk)

Bawang holand 1 biji (dipotong bulat2)

Bawang putih 5 biji (dipotong mayang)

Halia 1/2 inci (dipotong mayang)

Cili padi (ikut kesesuaian pedas)

Tomato 1 @ 2 biji (potong empat)

Cendawan butang 1 tin (belah dua)

Serai 1 batang (titik @ belah2kan)

Limau nipis 1 @ 2 biji (ikut kemasaman yang disukai)

Daun saderi (potong halus)

Sos tiram 1 @ sudu (sesedap rasa la)

Garam, gula & ajinomoto (secukup rasa)


Cara2:

Panaskan air dalam periuk yang lebih besar (kes saya ni, tak ada tempat pengukus tu yang guna periuk). Masukkan ikan dalam bekas yang lain. Taburkan segala macam bahan2 tadi dan tambah air. Tutup periuk supaya ikan cepat masak. Rasa jangan lupa. Biar cukup masin, manis, masam, pedas nya tu baru best. Dah siap, taburkan daun saderi tadi. Hidangkan untuk dimakan panas2 baru ada ummmppphhhh~

Selamat mencuba!



post signature

You Might Also Like

4 Th♥ught (s)

  1. bila nak rasa akak nye cooking ni :)

    ReplyDelete
  2. keira>>meh la dtg jb..lepak2 umah akak ajk boy..

    ReplyDelete
  3. lauk siti minggu lpas, semua jenis kukus ngn rebus sbb nak pantang kononnyer...last2, hubby ngkau kalah, dia kata, tak leh makn mcm ni tetiap hari...he he he

    ReplyDelete
  4. Siti @ nurie>>hernee kalo tiap2 ari pn rase jmu gak..tp klau pdas2 sket hubby x jemu sgt..klau stakat singgang ni mmg die x lyn..mcm lauk org sakit katenye..

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!