En. Nazir

Thai Foot Massage @ FSM, Danga Bay

Monday, October 19, 2009

Lepas ke JJ kami ke Danga Bay. Mula2 saja je buat2 macam simpati ajak En. Nazir balik ke rumah terus. Tapi bila di suggest kan ajak ke Danga dia pun kata ok. Pucuk dicita la nampaknya :)

Sempat dia sindir saya.

"Boleh je gi, nanti kalau kata tak boleh ada orang kate time bercinta sanggup bawak ke sini, dah kawin Danga Bay pun susah nak sampai"

Hehehehe~ sebagai orang yang disindir itu, saya tersenyum je la dengar hehehe~

Manusia, ya ampun ramai sangat maklumlah weekend. Kami memang dah lama tak jalan-jalan ke sini. Boleh dihitung la lepas kahwin memang jarang ke sini.

Ronda-ronda ke Festive Street Mall, tiba-tiba langkah terhenti kat depan Thai Traditional Massage ni.



En. Nazir offer saya untuk buat foot massage. Tapi saya macam nak ke tak nak ek. Takut sakit punya pasal. Seumur hidup saya baru sekali berurut seluruh badan masa misscarriage hari tu dan foot massage memang tak pernah langsung. Saya ajak En. Nazir sekali, ada geng baru berani hehehe~

Tengok harga promosi kat dinding,

Foot Massage RM25 (30 minutes)

Yok massage yok! En. Nazir on, saya pun on je la.



Tak tahulah kenapa "peace" En. Nazir gitu rupanya :)



Lelaki harus diurut oleh lelaki ye hehehe~ tapi hari tu masa kat Perling, Auntie Thai tu yang urut kaki En. Nazir tau. Macam nak berkungfu pun ada. Kali ni lelaki yang urut lagi besar kudratnya. Siapa entah nama mamat Thai ni, tak sempat nak tanya. Dia boleh cakap Melayu tapi belum betul2 fluent lagi. Masa dia urut berdetap detup bunyi. Saya tanya En. Nazir bunyi apa tu? En. Nazir kata bunyi kerusi tu, bukan bunyi tulang dia hehehe~ Suspen jek mamat Thai ni, kang patah riuk kaki En. Nazir susah pulak kang.



Ni yang mengurut saya, Didie nama dia. Ramah tamah orangnya. Banyak juga petua2 dia bagi saya especially dalam bab urutan. Dia kata untuk wanita yang belum ada anak, tak berapa elok kalau asyik berurut. Kalau pregnant pun tak elok urut. Itu memang saya tahu dari mak saya. Dia kata orang Melayu suka minum air teh O, itu sebabnya badan orang Melayu banyak angin. Teh O tak bagus, kata dia. Saya anggukkan saja, betul juga kan.

Cakap loghat Kedah dia ni. Family and anak2 di Langkawi. Dia suruh En. Nazir bawak saya ke Langkawi for second honeymoon. Cheh~ pandai je dia ni, kalau dia nak sponsor ok gak hehehe~ Dia suruh saya minum air kat Pulau Dayang Bunting untuk dapat baby. Saya anggukkan saja, sambil buat gaya excited. Kepercayaan dia macam tu, jadi saya kena hormat walaupun saya tahu kepercayaan tu semua karut marut dalam Islam. Takkanlah time tu juga saya nak khutbahkan minah Thai ni. Saya dengarkan je. Yang penting dalam hati saya kata "Rezeki anak tu semuanya Allah punya kuasa wahai Didie.. Allah tuhan saya.. kalau saya minum segelen air tu pun tapi Allah tak izinkan tak dapat juga.. yang dapat cuma kembung perut je..lepas tu buncit dengan air dayang bunting..hehehe"



Sambil berbual sambil menahan sakit dan geli geleman bila Didie pegang tapak kaki saya. Ohh~ saya memang penggeli orangnya, ikut mak agaknya. Didie kata kaki saya banyak angin. Dia rasa biji angin masa urut kaki saya.



Habis urut 30 minutes urut mengurut, dia bagi kami air halia ni. Adoyaiiii.. kena minum ke? Saya ni penakut minum air2 macam ni. Meremang nak telan air halia oiii~

Lepas urut, rasa kaki ringan dan sedap memijak. Kalau macam ni boleh terjah selalu.

Sebelum memassagekan kaki, kami terjah kedai kraftangan ni. Saja survey2 kalau ada benda yang boleh dijadikan bahan utnuk "Projek Deko2" rumah kami tu. Survey2 je tak beli apa pun :)





Kalau rupa gambar tu ala kadar, tentulah Hair Knee yang snap hehehe~ Kadang2 kena complaint juga dengan En. Nazir tu. Dia kata asal boleh je, gambar blur pun nak sumbat dalam blog. Apa2 ajelah En. Nazir oiii~

Habis urut ronda-ronda kat luar FSM, lepas tu terus balik. Dah penat, mata pun mengantuk. Macam biasa tak sengaja tertidur masa on the way balik ;p Pagi ni bangun tidur rasa macam tak puas tidur je. Tak segar, tapi apa nak buat makcik tetap kena datang kerja~



post signature

You Might Also Like

6 Th♥ught (s)

  1. wah...kalau siti, mr hubby oper, siti laju je...hik hik hik..mcm best je kan....ntah bila dpt peluang nak massage....

    ReplyDelete
  2. Siti @ nurie>>hehehe..1st time ni cam tkut die urut sakit..upenye idok le sakit sgt..hehehe

    ReplyDelete
  3. hai kak..urut kaki memg bagus kak..selain lancarkan perjalanan darah..sistem2 dikepala dan badan kita pun ada di bahagian kaki juga..tapi yang sy ingt sampai sekarang ibu jari kaki merujuk kepada bahagian kepala..air halia pun bagus..buang angin dalam badan..

    ReplyDelete
  4. angah>>a'ah tu la..die ade gak trangkn bhgian kaki yg ade laitn ngn sistem bdn kte ni..mcm nk munth tlan air halia..hehehe

    ReplyDelete
  5. Cam best jek kang klu aku yg g bawak batalion aku mmg x terurut gamaknya

    ReplyDelete
  6. Mummy Dasy>>mmg best la long..lega rase sengal2 di kaki ni..hehehe..suh batalion tnggl kt umh..

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!