bukan terjebak dengan penyalahgunaan dadah ye. selisih minta dijauhkan ;) saya dah terjebak dengan slot Akasia, Cinta Balqis kat TV3 tu pukul 6.30 - 7.30 pm. punca utama En. Nazir la. dia yang start dulu layan drama ni. tengok macam best je saya pun join sekaki. sambil masak sambil tengok Cinta Balqis. nasib baik masakan tak hangus hehehe~

best juga cerita ni. banyak part2 yang memaksa saya merembeskan air mata. well u know me.. herni yang gembeng ;p episod semalam memang membuatkan saya menjadi geram yang amat. tapi last part tu sedih la sebab Mak Wok meninggal dunia.

kenapa saya geram. saya geram dengan watak "Joyah" dan "Senah" dalam cerita ni. ya Allah memang sesuai betul dengan nama diorang tu. busy body habis. mengalahkan murai tercabut ekor. kalau dia berdua tu depan saya nak je saya siku dia. tak pun cili mulut dia dan koyak2kan mulut diorang tu. pandai betul diorang bawa watak tu. memberi kesan kat penonton. kejoyahan dia tu sama macam hamba Allah tu. siapa? oooo biarlah rahsia. tu yang bila saya ingat2 macam nak siku je tu hehehe~ dah geram sangat tengok watak dia tu, sampai saya cakap dengan En. Nazir, "makcik2 ni, kalau orang geram tengok cerita ni jumpa dia kat luar, confirm diorang kena ludah" ye la kadang2 ada juga penonton yang emosi lebih, bila jumpa pelakon kat luar habis pelakon tu kena maki. ni yang saya tahu la bila baca cerita2 pasal artis ni.

ok kalau uolls yang belum pernah tengok drama ni, bolehlah tengok ye :)

AKASIA - CINTA BALQIS

(TV3, mulai 2 Nov, Isnin - Khamis, 6.30 ptg)

Pelakon2:

Eira Syazira, Fezrul Khan, Zamarul Hisham siapa entah lagi nama diorang tu.. si Joyah dan Senah pun saya tak tahu siapa yang penting pelakon makcik2 yang tak berapa glamour ;)

Sinopsis:

‘Cinta Balqis’ yang mengisi slot Akasia pula mengisahkan percintaan tiga segi yang cukup tragis. Ezani nekad berkahwin dengan Balqis secara rahsia kerana dia tahu cuma itu sahaja cara cintanya terhadap Balqis tidak dihalang. Selepas bernikah, Ezani membawa pulang Balqis ke rumah dengan harapan keluarganya akan merestui perkahwinan itu. Akan tetapi,pergaduhan besar telah berlaku kerana Tuan Baharom tidak setuju dan diatelah menghalau Ezani keluar dari rumah.

Bermula dari itu, Ezani telah membawa Balqis pergi dari situ bagi memulakan hidup baru. Malang menimpa apabila mereka ditimpa kemalangan dan Ezani telah menemui maut. Episod hidup Balqis pula penuh dengan duka semenjak kejadian itu.


Selamat menonton! :)


post signature