kesian en. nazir, racket yang dibeli baru berapa bulan dah patah riuk. penuh perasaan betul agaknya dia memukul bulu tangkis hehehe~ kisahnya main beregu dengan en. osham kawan dia. entah macam mana kesilapan teknik, en. osham telah menyebat racket en. nazir.

ingatkan racket dah patah dia nak stop main badminton ke pe ;) rupanya en. osham yang berhati mulia dah menyedekahkan racket kepunyaan beliau kepada en. nazir yang bernasib malang itu ;) mula2 dia senyap2 tak beritahu saya yang racket dia patah. tup2 macamana entah dia tercerita pulak.

esoknya dia kata nak beli racket baru pulak. mak oi tak cukup satu racket nak beli lagi satu. nak wakil negara ke pe? hari selasa tu dia pun bershopping sorang ke taman universiti membeli racket idaman.




mesti berpinar mata nak pilih racket mana satu kan. nama kedai ni PK Sport Trading, lokasi Jalan Kebudayaan, Taman Universiti. sesiapa peminat sukan terutamanya badminton, boleh cari alat2 sukan kat sini. harga boleh runding.





masa untuk menegangkan talinya. maaf la bahasa orang perempuan yang tak reti main badminton. apa entah nama kalau nak tegangkan tali ni tak ingat :)



mula2 saya terkejut tengok harga ni. mak oi, takkanlah harga macam ni dia nak beli. patutlah dia tak bagitau harganya pada saya. saya terus menjoyah tanya harga racket ni. oh kawan2 jangan tertipu dengan harga ni. bukanlah RM480 harganya. kalau harganya macam ni rasanya en. nazir takkan beli. saya kenal dia. saya masih mencungkil berapa harganya. ada diskaun 30% jadi RM200+ en. nazir bodek2 tauke tu dapatlah Rm100+ kalaulah dia beli dengan harga RM480 tu memang turn dia pulak dengar saya punya ceramah 14 hari 14 malam :)

racket ni jenama Li Ning Baizura. aeh salah Li Ning je. dia kata Lin Dan guna racket jenama ni. kalau nak guna yang sebiji macam Lin Dan harga RM1k. mak oi~ selagi belum jadi wakil negara, tak payahlah berangan nak pakai racket tu dulu. kang patah sia2 je ;)





ni aksesori lain yang dia beli dan kawan2 kirim.



sekarnag dah ada dua racket. makin menjadi2lah hobi dia ni nampaknya. pantang ada waktu terluang. time cuti lagilah, badminton.. badminton.. badminton.. nasib baik malam tak mengigau pukul bulu tangkis hehehe~



malam badminton, pagi badminton, malam sambung lagi badminton, lepas tu semalam dia merungut penat, sakit badanlah apalah. jawapan saya senang je "sendiri cari penat". nak bersukan pun agak2 la cik abang oi~ dia kata, "nak lawan China tu yang kena buat banyak latihan". berangan pula cik abang ni.

apa pun saya tetap sokong hobi dia ni. mana tahu satu hari nanti betul2 dapat jadi wakil mana2 persatuan badminton. nak dapat wakil negara belum tentu, dapat wakil kampung pun ok kot hehehe~ cuma kadang2 saya boring kena tinggal kat rumah sorang2 bila dia pergi main badminton. nak ikut? hmmm, takde nya. ramai lelaki. malu makcik ;p

tu je la cerita dia dan racket kali ni. memang dah lama tak share cerita hobi cik abang sorang ni kan.

selamat berhujung minggu!



post signature