kesian budak comel ni. dia kehilangan Mummy. nasib baik ada Umi Long ni ha yang peduli kat dia tau. ibu asuhan dia dah kurus kering jaga Ean. mana la mummy Ean ni agaknya. kalau ikutkan hati nak je kidnap Ean.

alkisah malam Rabu, saya ke rumah ibu Cdot. tujuan utama? malas la nak cerita tapi teringin nak kongsi cerita. kan saya pernah cerita dalam entry ni yang sama nak mencuba Dhia Perfume. memang dah cuba dan dah serasi pun dengan bau2annya. habis tu apa masalahnya lagi heni oi~ masalahnya, saya hanya sempat guna perfume tu dalam masa dua hari je. beli hari khamis, sempat pakai jumaat dan sabtu je. kenapa? kesilapan dan kelalaian diri sendiri.

hari Ahad, masa nak ke majlis perkahwinan anak murid saya, konon2nya nak melaram dengan perfume ni la. saya letak lok je dalam kotak tapi tak bertutup. entah macamana nak cepat keluar dari bilik, handbag saya terlibas kotak perfume tu. maka berderailah kedua2 botol perfume tu ke lantai. dapat jugalah saya khutbah hari Ahad dari Tok Imam Nazir huhuhu~

satu bilik wangi dengan gabungan bau Happy Heart and Apple. sangat kuciwa sebab sekelip mata je dah berderai. ni sebenarnya bahana orang kedekut. sebelum Ayu balik hostel dia minta satu botol. tapi saya yang kedekut taik hidung masin ni tak bagi. haa kan dah dapat bahagian.

moral of the story.. "jangan kedekut ye anak2" kelak kita yang rugi ;p

terus call the supplier, Miss Yot tanya ada stok yang sama lagi ke tak. nasib baik ada. tu yang datang malam Rabu lepas nak beli perfume yang sama hehehe~ itu saja cerita syahdu pasal perfume.

oleh kerana Cdot ada request nak tengok gambar Ean, jadi sempat juga la saya pangku budak comel ni. ala esok mummy dah balik sini. tataplah puas2 Ean tu ye.



post signature