Malam tadi En. Nazir telah menunjukkan kepakaran beliau di dapur :) Sebelum pergi main badminton, dia buat burger untuk makan malam kami. Ye, isteri dia malas nak masak malam tadi. Lauk tauge siangnya ada lagi cuma kerang sambal dah habis kena bedal. Tu yang terus pujuk rayu En. Nazir masak burger. Dulu En. Nazir ni ada pengalaman buka stall burger kat kampung dia, tu yang nak merasa burger dia tu. Memang saya akan beli stock daging burger ni kat rumah. Kalau la ada emergency tak ada lauk ke lapar malam2 ke.. ngap je la daging burger yang ada.
Ok, ni cara En. Nazir buat burger..



Bahan2nya: (rujuk gambar kat atas ye)

1- Maggi Seasoning
2- Sos cili
3- Sos Blackpepper
4- Serbuk Kari Ayam & Daging
5- Pepper powder mix
6- Telur
7- Marjerin Planta
8- Daging lembu (Ramly)

Tak ada dalam gambar
** Air bawang kisar
** Coleslaw buatan si isteri ;)
** Potongan bawang besar



Cara2nya:

1- Panaskan kuali dan masukkan sedikit marjerin. Bila marjerin dah cair masukkan daging tadi. Jangan lupa balik2kan daging tu. Bubuhlah rempah ratus, pepper, maggi seasoning and air bawang di atas daging tu. Ada yang suka belah daging tu dan letak rempah ratus di tengah2 daging. Tapi semalam En. Nazir tak belah pun daging ye. Ikut suka masing2lah ye. Bila dah agak2 garing, angkat daging dan asingkan.
2- Oleh kerana En. Nazir nak melayan tekak yang nak makan burger special, jadi kena la tambah telurnya pulakan. Ok, now pecahkan sebijik telur (make sure telur tu dibasuh ye sebelum dipecahkan). Goreng telur tu macam nak buat telur dadar. Bubuh sikit pepper, maggi seasoning dan rempah kari tadi. Agak2 dah masak telurnya letak daging tadi dan balutkan dengan telur.
3- Step ke 3 lupa nak ambil gambar coz ada orang tu dah bedal dulu :p. Roti burger tu jangan lupa disapu marjerin nak letakkan dalam kuali. Jangan sampai hangus pula ye :) Bila dah garing sikit angkat dan letakkan sos cili, black pepper sauce, bawang dan coleslaw di atasnya. Lepas tu letakkan daging yang dah berbalut dengan telur. Lapikkan lagi dengan sos yang disukai. Ala senang cerita buat ikut suka uolls la. Agak2 je janji rupa dia tetap rupa burger.



Nilah ropenye En. Nazir's Homemade Burger (Special Edition)


Kalau nak rasa meh datang rumah :)

Komen pelanggan ;) :
"Ok juga burger En. Nazir ni.. sedappppp.. kalau macam ni bolehlah buat selalu bila aura malas masak saya datang. Thanks to En. Nazir yang sudi masak malam semalam. Luv u lahhh"


post signature