tak nak lepaskan peluang saya pun pergi la tadi sekejap. check my body weight and fat %, visceral fat, level of body metabolisme and metabolic age etc. program ni dianjurkan oleh kelab keluarga ptp.

first of all kena isi form dah tu kena timbang atas benda putih nun. dia yang set up semua tu. masa kena timbang bagai tak sempat le nak snap. dia suruh saya berdiri tegak pandang ke depan. nanti ada pulak aci ni membebel tengok saya bergerak2 ;p



dah siap timbang and kira semuanya, aci tu kira la kita punya berat, lemak etc. lepas tu kena jumpa encik ni. tak tahu apa nama. dia akan terangkan apa hasilnya.



dan hasilnya...


berat saya = 52.3kg (last 2 weeks 52 je.. tambah 0.3 plak.. cisss~)
umur metabolik = 40
lemak badan = 34.9% (normal.. tapi tengok kat chart 0.1% lagi nak 35% maknanya dah nak tahap tinggi.. sepatutnya umur 18-39 = 28-34 sahaja)
kepadatan otot = 32.2 (dalam chart tulis -2 -kurang kalsium)
lemak visceral = 4 (9 dan ke bawah masih tahap baik)
kepadatan tulang =1.8 (tak normal ni.. sepatutnya untuk berat 45 ke 60kg = 2.2)
metabolik = 1058 (pun tak normal.. sepatutnya umur 20-40 = 1500-1600)

encik tu kata, saya kekurangan protein, vitamin dan kalsium. actually, dia ada jual supplement tu semua tadi. tapi tak sempat nak telek dan belek.

masalah saya yang pertama, kurang kepadatan tulang. risikonya, osteoperosis yang mana tulang menjadi rapuh dan mudah patah. dia syorkan ostematrix (produk jualan diorang) dan saya digalakkan untuk banyakkan bersenam.

masalah kedua, metabolik rendah. risikonya, pembakaran kalori kurang berkesan dan kalori bertukar menjadi lemak (patutlah lemak mencanak). dia syorkan family wellness program. saya digalakkan membuat senaman dan memilih makanan yang tinggi khasiatnya.

kawan saya kata macam tak logik guna mesin tu tahu semua dalam badan. entahlah ek. sekurang2nya bila dah tahu macam ni ada la kesedaran dalam diri. nak tambah atau kurangkan apa yang tak cukup dan terlebih. sedarkah kau wahai her.nee??? ;p

harap2 saya sedarlah ye lemak yang bakal2 terlebih tu.


nota sihat: marilah mari kita bersenam ;)


post signature