Karnival Permotoran 1 Johor
dapat info dari kawan, dia suruh sebarkan.. silalah baca kawan2.. kalau ada yang berminat bolehlah datang ke sana ye :)
~Karnival Permotoran
1 Johor~
Pasir Gudang,Johor
19/12/2009 Dan 20/12/2009
KOMPLEKS PUSAT BANDAR
ACARA-ACARA MENARIK MENANTI ANDA:
Kempen Derma Darah Dan Pelancaran Tabung Gempa Padang..
Motivasi AADK oleh Bandi Amuk.
Pertandingan Mewarna Kanak Terbuka 6-12 thn
Ratu Bikers
Sukan Rakyat
Bazzar
Karaoke dan lain-lain
Pendaftaran Pemilih SPR
Artis Undangan:
Bandi Amuk
Anjuran:
DRAGON JUNIOR BIKER
Anjuran Bersama:
DAMANSARA ASSET SDN BHD
DRAGON BIKER
OBJEKTIF:
Perhimpunan ini di anjurkan bagi tujuan memupuk semangat persahabatan dan mengeratkan lagi hubungan silatul-rahim di antara golongan remaja serta masyarakat umum di mana mereka dapat berkongsi dengan pelbagai pengalaman dan idea-idea baru yang mereka bawa dari kawasan masing-masing dengan masyarakat setempat dan rakan-rakan yang lain.
Karnival Permotoran 1 Johor ini adalah bertujuan membawa golongan sasar remaja bercampur dengan masyarakat demi memelihara kesopanan dan kesusilaan serta menghindarkan tanggapan negatif masyarakat terhadap remaja bermotor yang sedang hangat diperkatakan dewasa ini.
Aturcara Majlis.
Pada hari Sabtu 19/12/2009
09.00am Pendaftaran peserta(penyerahan cenderahati dan kupon makan malam)
10.00am Program Derma darah untuk Tabung Darah Hospital
14.30pm Dialog dan ceramah keselamatan oleh Pihak Polis
15.00pm Dialog dan ceramah keselamatan oleh JPJ Negeri Johor
15.30pm Pertandingan motor tercantik mengikut ketegori
16.00pm Majlis Perasmian Oleh YB Dato’ dan Pelancaran Tabung Gempa
Padang,Indonesia anjuran Utusan Malaysia dengan kerjasama TV3
16.30pm Pertandingan Karaoke
18.30pm Rehat
20.00pm Makan malam
21.00pm Sambungan acara Karaoke
22.30pm Ke Restoran Rawadi untuk sesi ramah mesra bersama artis jemputan Bandi Amuk (Bandi Amuk je ke? ;p)
Bersurai
Pada hari Ahad. 20/12/2009
10.00am Program Derma darah untuk Tabung Darah Hospital
10.00am Sukan Rakyat
10.30am Pendaftaran peserta mewarna kanak-kanak
11.00am Pertandingan mewarna kanak
13.00pm Rehat
14.00pm Pertandingan moto lambat mengikut ketegori
14.00pm Motivasi bersama Bandi Amuk dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan
15.00pm Penyampaian Hadiah
16.00pm Majlis Penutupan oleh YB Datuk
16.00pm Persembahan Artis Jemputan :Bandi Amuk
16.30pm Penyampaian Hadiah
17.00pm Sambungan persembahan artis
18.00pm Majlis Bersurai
2 Comments
bestnya..rugi xg
ReplyDelete♫♪ Shahida ♫♪>>hehehe..gi jgn x gi..
ReplyDeleteThanks 4 ur comment.. peace!